Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
224) PERANAN JMB
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan sebenar yang di mainkan oleh Badan Pengurusan Bersama atau JMB dalam menangani masalah penduduk-penduduk rumah bertingkat dan berapa jumlah serta lokasi nya di DUN Meru ?
- Badan Pengurusan Bersama (JMB) merupakan entiti yang diwujudkan di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] sebagai badan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli petak. Ia berperanan dan bertanggungjawab dalam mengurus dan menyenggara bangunan serta harta bersama. Selain itu, JMB juga berperanan menentukan kadar caj yang ideal, menentukan keutamaan dalam perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama, kawalan dalam perbelanjaan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan serta harta bersama. Melalui platform JMB, kaedah-kaedah dalaman (house rules) dan kawalan keselamatan boleh dirangka sendiri oleh pembeli mengikut kesesuaian suasana dan penduduk setempat. Ini sekaligus dapat memelihara keharmonian pembeli serta mengelakkan pertikaian sekiranya peranan tersebut dijalankan oleh pihak
Pangsapuri-pangsapuri yang terdapat di DUN Meru yang masih lagi dalam proses penubuhan JMB adalah:
- Pangsapuri Impian, Meru
- Pangsapuri Meru Ehsan
- Pangsapuri Setia Alam
- Pangsapuri Meru Court
-
Apakah peranan Commissioner of Building (COB) dan bagaimana ianya boleh menyumbang ke arah memperbaiki taraf kehidupan penduduk rumah bertingkat ?
- Peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB) di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] adalah seperti berikut:
- Mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dilaksanakan pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Dan Perbadanan Pengurusan (MC);
- Memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama JMB;
- Melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat pertama JMB jika pemaju gagal;
- Menyelesaikan pertikaian Akaun Penyenggaraan Bangunan (APB) secara patut dan adil;
- Memastikan penyenggaraan dan pengurusan APB selaras Akta 663;
- Memastikan pemaju mengemukakan APB yang telah diaudit;
- Mempunyai hak melantik juruaudit syarikat untuk menyiasat buku akaun dan urusniaga APB;
- Melantik ejen pengurusan apabila JMB gagal, pemaju atau JMB tidak berfungsi dengan baik;
- Memastikan pemaju meletakkan deposit kepada COB untuk tujuan baikpulih semasa tempoh liabiliti kecacatan;
- Mengeluarkan dan melaksanakan waran penahanan harta alih ke atas pembeli yang mempunyai tunggakan caj melebihi 6 bulan;dan
- Memastikan kaedah dalaman dan minit mesyuarat JMB/MC diserahkan untuk disimpan.
Peranan COB tersebut dapat memastikan penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dijalankan oleh JMB adalah teratur di bawah Akta 663.