Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
223) BANJIR LUMPUR DI TAMAN BUKIT PERMAI, KAJANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penduduk di Taman Bukit Permai di atas membuat aduan tentang banjir lumpur dan kerosakan infrastruktur dan rumah akibat dari projek pembinaan perumahan berhampiran taman mereka. Adakah sebarang kebenaran diberikan kepada syarikat perumahan berkenaan menggunakan jalan taman perumahan tersebut?
- Pihak pemaju telah mendapat kelulusan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral Geosains (JMG), IKRAM dan sebagainya kerana memandangkan ianya merupakan pembangunan yang dijalankan di kawasan berbukit/ cerun. Walau bagaimanapun, berdasarkan kelulusan infrastruktur, pihak MPKj tidak mensyaratkan pihak pemaju menggunakan jalan taman bagi tujuan jalan keluar/ masuk ke tapak
-
Adakah jalan alternatif disediakan supaya tidak mengganggu penduduk Taman Bukit Permai?
- Pihak pemaju terpaksa menggunakan Jalan Bukit Permai 1 sebagai jalan masuk sementara ke tapak memandangkan jalan masuk yang dicadangkan tidak dapat digunakan kerana pembinaan tembok penahan perlu disiapkan terlebih
-
Adakah usaha dilakukan bagi membaiki kerosakan yang dialami penduduk?
- Berdasarkan mesyuarat tersebut, pihak pemaju bersetuju untuk melaksanakan kerja- kerja pembaikan ke atas kerosakan jalan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, pihak MPKj akan membaiki jalan tersebut dengan menggunakan wang cagaran yang telah dikenakan kepada pemaju sekiranya pihak pemaju tidak