Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
212) EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelaburan yang datang ke negeri Selangor pada tahun 2010 dan apakah taburan pelaburan mengikut bidang-bidang?
- Bagi tahun 2010, sebanyak 325 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 10,641,835,402. Daripada jumlah ini sebanyak RM 5,494,986,553 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 5,146,848,849 daripada pelaburan asing. Sebanyak 27,865 potensi peluang pekerjaan telah Pecahan pelaburan mengikut bidang industri adalah seperti berikut;-
Industri
Projek
Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Food Manufacturing 26 1,424 336,112,165 626,902,513 963,014,678 Beverages & Tobacco 2 110 90,807,730 572,270 91,380,000 Textiles & Textiles Product
4 199 34,288,240 41,282,178 75,570,418 Wood & Wood Products
11 345 47,306,276 21,034,220 68,340,496 Furniture & Fixtures 16 1,396 91,229,105 1,740,000 92,969,105 Paper, Printing & Publishing 2 131 41,850,000 14,980,000 56,830,000 Chemical & Chemical Products 31 816 317,450,303 1,243,473,777 1,560,924,080 Petroleum Products (Inc.Petrochemicals) 2 89 24,240,000 0 24,240,000 Rubber Products 20 4,089 591,359,485 77,177,016 668,536,501 Plastic Products 26 1,135 177,181,085 121,480,545 298,661,630 Non-Metallic Mineral Products
8 469 71,402,200 1,547,599,596 1,619,001,796 Basic Metal Products 16 959 275,100,112 63,515,332 338,615,444 Fabricated Metal Products
24 1,294 99,839,992 67,649,399 167,489,391 Machinery & Equipment
44 3,658 693,685,786 231,646,882 925,332,668 Electronics & Electrical Products
36 4,599 454,539,493 793,181,308 1,247,720,801 Transport Equipment 44 6,222 1,993,600,027 245,380,373 2,238,980,400 Scientific & Measuring Equipment
8 926 146,161,994 45,200,000 191,361,994 Lain-Lain Industri 5 4 8,832,560 4,033,440 12,866,000 Jumlah 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,849 10,641,835,402 Sumber : MIDA
-
Apakah usaha terkini kerajaan negeri bagi menarik pelabur asing ke negeri Selangor?
- Usaha-usaha terkini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelaburan ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
- Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur
- Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- Menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science
- Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak
- Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap
- Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap
- Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang ada di setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
- Penambahbaikan fungsi Pusat Pelaburan Negeri bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan bagi mempromosikan pelaburan dan membantu para
- Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek pelaburan yang sedang dilaksanakan.
- Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi penggalakan pelaburan ke luar negara.
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi menarik pelaburan dari luar
- Meningkatkan program pertemuan dan dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri selesa terus beroperasi di Negeri
- Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri
- Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dari pelaburan baru dari tahun 2008 hingga 2010?
- Jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan hasil dari pelaburan baru dari tahun 2008 hingga 2010 adalah sebanyak 45,042 peluang pekerjaan. Pecahan potensi peluang pekerjaan mengikut tahun adalah seperti berikut:-
Tahun Peluang Pekerjaan 2008 15,531 2009 14,483 2010 15,028 Jumlah 45,042