Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
206) PERBELANJAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor telah berjanji akan mempamerkan penyataan terperinci perbelanjaan peruntukan di laman web. Setakat ini berapa orang telah mengunjungi laman web berkenaan ?
- Perbendaharaan Negeri Selangor tidak dapat mengenal pasti jumlah pelawat yang mengunjungi laman web bagi mendapatkan maklumat berkaitan perbelanjaan peruntukan ADN. Walau bagaimanapun, seramai 713,628 orang telah mengunjungi laman web bagi sembilan 9 Pejabat Daerah tersebut dan perincian jumlah pelawat di setiap Pejabat Daerah adalah seperti di LampiranA
-
Adakah penyata perbelanjaan peruntukan yang dipamerkan selaras dengan perbelanjaan yang dilaksanakan ?
- Penyata perbelanjaan peruntukan yang dipamerkan di setiap laman web pejabat Daerah adalah selaras dengan perbelanjaan pada satu-satu masa penyata tersebut disediakan. penyata perbelanjaan ini juga perlu dikemukakan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Selangor bagi tujuan pemantauan pada setiap bulan.
LAMPIRAN A
JUMLAH PELAWAT DI SETIAP PEJABAT DAERAH
Bil Pejabat Daerah Bilangan Pelawat 1. Kuala Selangor 0189039 2. Sabak Bernam 0030659 3. Klang 0047853 4. Hulu Selangor 0091026 5. Kuala Langat 0032796 6. Hulu Langat 0146926 7. Sepang 0037132 8. Petaling 0082188 9. Gombak 0056009