Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
202) PJ ELEVATED CITY
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek ÒPJ Elevated CityÓ ini, khususnya terhadap pembinaan kompleks asrama yang akan menempatkan 10,000 pekerja kilang?
- Mesyuarat MTES pada 16hb September 2009 telah memutuskan pembangunan di tanah milik Kerajaan Negeri dan MBPJ seluas 20 ekar perlu dibangunkan dengan mengambil kira keperluan Western Digital ( 10,000 unit asrama dan 3000 tempat letak kereta) dan MBPJ(bengkel dan pejabat) .
Tapak cadangan akan berfungsi sebagai “service centre” bagi perindustrian FIZ. Kawasan ini akan dibangunkan dengan kemudahan perdagangan, rekreasi dan perumahan berkepadatan tinggi (apartmen/apartmen servis/studio apartmen). PKNS telah dilantik sebagai pemaju dan MBPJ adalah pemilik sebahagian tanah.
Konsep pembangunan yang telah diluluskan oleh MTES pada 15hb Jun 2010 merangkumi komponen-komponen berikut :-
- Hostel penginapan bagi 10,000 pekerja
- Tempat letak kereta tambahan sebanyak 3,000 petak untuk kegunaan industri sedia ada
- Kegunaan perdagangan (pejabat, retail, service apartment) dan
- Perumahan jenis apartmen
Kemajuan projek setakat ini masih diperingkat pengemukaan pelan cadangan dan penetapan tapak gentian bengkel