Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

200) PENDAPATAN PER-KAPITA PARA PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pendapatan per-kapita mengikut kaum di Negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009 & 2010?

    1. Mengikut rekod yang diperolehi menunjukkan pendapatan per kapita negeri Selangor bagi tahun 2008 adalah berjumlah RM 32,210 juta, tahun 2009 adalah sebanyak RM 29, 089 juta, dan pada tahun 2010 adalah bernilai RM 31,119 juta. Peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2009 adalah disumbangkan oleh haluan dan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang positif serta peningkatan di dalam permintaan domestik dan eksport serta pertumbuhan di dalam nilai ditambah sektor-sektor ekonomi negeri yang menyeluruh terutama sektor
  2. Berapakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor bagi Tahun 2008, 2009 & 2010?

    1. Kadar pengangguran negeri Selangor mengikut data yang diperolehi dari  Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pengangguran telah meningkat dari tahun 2008 hingga 2010 iaitu dari 3.2 peratus kepada 3.8 peratus. Dari segi jumlah pula, anggaran  bilangan penganggur bagi tahun 2008 adalah sebanyak 67,800, tahun 2009 sebanyak 78,000 dan untuk tahun 2010 adalah sebanyak 83,200. Penyebab utama kepada peningkatan pengangguran ini ialah peningkatan bilangan tenaga buruh yang berpendidikan menengah yang tidak mendapat pekerjaan. Selain itu, kemerosotan ekonomi global serta negara menyumbang kepada berlakunya kehilangan pekerjaan dan peningkatan jumlah pengangguran di negeri
  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran tersebut?

    1. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi masalah pengangguran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan adalah seperti berikut:
      1. Fasa ketiga Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu dengan pengenalan Skim Kredit Makro dengan nama SKIMSEL dengan peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan melalui Yayasan Qardhul Hasan yang bertujuan untuk membantu kumpulan sasar rakyat Selangor di kawasan luar bandar dan pedalaman serta Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor ) dengan peruntukan sebanyak RM20  juta bagi membantu rakyat miskin negeri Selangor yang tinggal di kawasan bandar. Bantuan berbentuk keusahawanan ini bertujuan  membantu potensi usahawan bandar dan luar bandar untuk berkecimpung dalam perniagaan kecil dan sederhana seterusnya keluar dari belenggu pengangguran yang semakin meningkat di negeri
      2. Kerajaan negeri juga telah membuka kaunter pendaftaran khas bagi pendaftaran pekerja yang diberhentikan pada setiap Sabtu  di  setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat  Selangor  (LZS) bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan seperti bantuan sara hidup, pendidikan, sewa rumah, bantuan modal dan sebagainya.
    • Melaksanakan program Selangor Retrenchment Helpline iaitu  pendaftaran secara online bagi tujuan pengumpulan maklumat pekerja yang diberhentikan serta penyuaipadanan (match-making) antara pekerja tersebut dengan kekosongan di syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah program tersebut; dan
    1. Menawarkan bantuan dari segi teknikal kepada golongan belia yang berminat dengan kursus teknikal yang ditawarkan INSPENS supaya matlamat untuk mengurangkan pengangguran bukan sahaja tertumpu pada kewangan bahkan elemen pendidikan yang diterapkan akan membantu golongan sasar ini dan seterusnya mengurangkan pengangguran di negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.