Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
197) LOGO 1 MALAYSIA DILARANG GUNA PAKAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah logo 1 Malaysia menggugat kedudukan Kerajaan Negeri Selangor ?
- Pakatan Rakyat Selangor tidak dibentuk melalui slogan tetapi terbentuk di atas sokongan rakyat yang mahukan perubahan pentadbiran yang lebih telus, bertanggungjawab dan efisien. Justeru logo yang di ciplak seperti 1Malaysia tidak akan membawa sebarang kesan kepada keutuhan pentadbiran yang dipilih rakyat.
-
Jika tidak, kenapa logo 1 Malaysia tidak boleh diguna pakai di Negeri Selangor ?
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak akan terlibat dengan sebuah konsep yang tidak mencerminkan keadaan dan polisi sebenar Kerajaan Pusat Barisan Nasional yang mana konsep tersebut seolah-olah mempersendakan harapan rakyat untuk mewujudkan 1Malaysia yang adil dan
Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa mempraktikkan amalan perpaduan sejati bagi mewujudkan negeri yang senang didiami seluruh rakyat pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan agama. Ini bersesuaian dengan visi negeri iaitu Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap Ahli Mesyuarat Kerajaan yang bertanggung dalam isu ini ?
- Tidak terdapat sebarang percanggahan dasar yang telah dilakukan oleh mana- mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri jadi tidak timbul soal