Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

195) KADAR JUMLAH PELANCONG KE SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah pelancong dari luar negara dan domestik yang telah melawat Selangor pada tahun 2010 dan adakah ianya menunjukkan pertambahan dari tahun sebelumnya ?

    1. Bilangan pelancong dari luar negara dan domestik yang telah melawat Selangor pada tahun 2010 adalah seperti berikut :-

     

       

    2009

     

    2010

     

    PELANCONG TEMPATAN

     

    3,248,961

     

    3,245,659

     

    PELANCONG ASING

     

    2,398,680

     

    2,588,199

     

    JUMLAH

     

    5,647,641

     

    5,833,858

     

    PERATUS PERTAMBAHAN 2010/2009

     

    +3.29%

     

    Pertambahan adalah sebanyak 3.29% bagi tahun 2010 berbanding tahun 2009.

     

  2. Apakah strategi dan langkah-langkah baharu yang di rancangkan untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Negeri Selangor ?

    1. Pihak Tourism Selangor kini sedang berusaha melaksanakan stratergi baru  dalam usaha dan perancangan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong domestik dan antarabangsa untuk melawat Negeri Selangor;

     

    1. Memperhebatkan dan merancakkan kempen Selangor Shines terutamanya yang melibatkan pergerakan Skuad Selangor

     

    1. Tourism Selangor juga akan menyertai siri promosi pelancongan di luar Negara dengan memfokuskan kepada Negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan

     

    • Tourism Selangor sentiasa berusaha mencari kewujudan produk dan destinasi baru yang terdapat di Negeri Selangor. Lawatan produk dilaksanakan bagi mengenalpasti kesesuaian produk dalam mengklasifikasikan produk sama ada bersesuaian untuk dipromosikan ke peringkat domestik, nasional ataupun

     

    1. Selain itu juga, Tourism Selangor sedang membangunkan risalah pelancongan bagi setiap daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Di mana, setiap risalah tersebut lebih fokus dalam mengetengahkan produk dan destinasi pelancongan bagi setiap daerah-daerah

     

    1. Tourism Selangor senantiasa juga mengemaskini laman sesawang yang sedia ada (tourismselangor.my) dengan pelbagai informasi terbaru yang diyakini mampu menarik perhatian para pelawat laman sesawang dan seterusnya melawat produk dan destinasi pelancongan di Negeri Selangor.

     

    1. Skuad Selangor Shines juga bertindak melaksanakan program bersama AEON di 5 buah pusat membeli-belah AEON yang terpilih bagi mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pilihan pelancongan domestik mahupun antarabangsa iaitu;
      • AEON Jusco Seberang Perai City, Pulau Pinang
      • AEON Jusco Bukit Indah, Johor Bahru
      • AEON jusco Mahkota Cheras, Selangor
      • AEON Jusco Bukit Tinggi Klang, Selangor
      • AEON Jusco Ayer Keroh, Melaka

     

    • Di samping itu juga, Skuad Selangor Shines juga mempunyai strategi dalam mempromosikan Negeri Selangor kepada pelajar-pelajar sekolah menengah sebagai sasaran jangka panjang dengan  mengadakan  lawatan ke 90 buah sekolah yang mempunyai Kelab Kembara atau Kelab Pelancongan di sekolah sepanjang tahun 2011 yang telahpun bermula pada 28 Februari

     

    • Bagi tahun 2011 juga, Tourism Selangor mempunyai program khas bersama pihak KTMB iaitu bagi pengguna “ETS Train” yang melibatkan laluan Seremban-KL Sentral- Ipoh. Di mana, pihak ini  telah  membenarkan Tourism Selangor meletakkan bahan promosi

     

     

     

    pelancongan Negeri Selangor iaitu buku panduan “Selangor Breakaway” ke dalam setiap poket kerusi penumpang “ETS Train”.

  3. Berapakah hasil pendapatan Negeri Selangor yang di perolehi dari sumber pelancongan ini sejak 5 tahun kebelakangan ini dan huraikan menurut tahunnya?

    1. Hasil pendapatan Negeri Selangor yang diperolehi dari sumber pelancongan ini sejak 5 tahun kebelakangan dan huraian mengikut tahun adalah seperti berikut :-

     

     

    BIL

     

    TAHUN

     

    JUMLAH PELANCONG

     

    PENDAPATAN (RM)

    1 2006 4,926,907 2,513,116,722.00
    2 2007 5,315,330 3,728,172,462.00
    3 2008 5,677,221 3,982,002,809.40
    4 2009 5,647,641 3,961,255,397.40
    5 2010 5,833,858 4,091,868,001.20
     

    JUMLAH

     

    27,400,957

     

    18,276,415,392.00

Lampiran

Tiada Lampiran.