Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

194) KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan Sungai Tangkas membangun dengan pesat. Banyak pertambahan kediaman dan institusi berkembang. Bilakah jambatan merentas jalan kereta api dari Sungai Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi dapat disiapkan?

    Jawapan oleh JKR Selangor

    1. Berdasarkan situasi semasa tiada keperluan untuk membina jambatan merentasi landasan kereta api di Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi. Tambahan  pula terdapat jejambat yang menjadi alternatif penghubung ke kawasan ini. Walaubagaimanapun, keperluan jejambat pada masa hadapan akan dikaji  semula.
  2. Bilakah sekolah-sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama dapat dibina bagi kemudahan penduduk?

    1. Perancangan untuk membina sekolah-sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama adalah di bawah Kementerian Pelajaran dan JAIS. Ianya perlu dirujuk ke agensi

      Jawapan oleh JAIS :

       

      1. Kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor belum lagi berhasrat untuk menambah bilangan Sekolah Agama menengah (SAM) di mana- mana kawasan atau tempat. Ia memerlukan peruntukan yang banyak merangkumi keperluan pelbagai peringkat perjawatan, kos pembinaan bangunan dan tapak, kos penyelenggaraan bangunan, pengawal keselamatan, kontrak pembersih kawasan dan mencuci bangunan, peralatan dan keperluan semasa yang lain. Berdasarkan rancangan pembangunan JAIS dalam tempoh 5 tahun yang telah dirancang, JAIS telah merancang berdasarkan keperluan serta peruntukan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, perancangan pembangunan sekolah agama di Sungai Tangkas, Bangi, Kajang, tidak dapat disenaraikan memandangkan peruntukan adalah amat
  3. Kawasan yang pesat membangun ini masih belum mempunyai masjid. Bilakah sebuah masjid dapat didirikan di Sungai Tangkas.

    1. Permohonan untuk mendirikan sebuah masjid di Sungai Tangkas perlu dihantar ke pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.