Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
193) PASUKAN POLIS BANTUAN PBT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini rancangan dan usaha Kerajaan Negeri melalui PBT untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?
- Setelah permohonan Kerajaan Negeri ditolak oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Kerajaan terus mendesak agar anggota Polis di Selangor ditambah 2,000 orang lagi. Sekiranya pihak PDRM boleh melaksanakannya maka Kerajaan Negeri berpendapat penubuhan Polis Bantuan adalah tidak diperlukan lagi. Jika tidak maka Kerajaan Negeri akan terus menggesa pihak Kementerian untuk mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan keselamatan
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pihak Kerajaan Negeri terpaksa mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?
- Kekangan utama yang menyebabkan usaha tersebut masih tidak dapat direalisasikan adalah kerana tanggungjawab keselamatan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas meletakkan ‘polis’ sebagai satu perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. (rujuk kepada Butiran 3, Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Oleh yang demikian, tanpa kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri, pasukan Polis Bantuan tidak dapat
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pihak Kerajaan Negeri terpaksa mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan ?
- Punca utama yang menyebabkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan pasukan Polis Bantuan adalah kerana peningkatan aktiviti jenayah di Selangor. Kerajaan Negeri amat memahami kekangan anggota yang dihadapi oleh pihak PDRM, oleh yang demikian Kerajaan Negeri ingin mengambil inisiatif bagi membantu pihak PDRM menangani masalah ini , malangnya hasrat ini ditolak. Kerajaan Negeri amat komited bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor dan diharapkan dengan penubuhan Polis Bantuan perkara ini dapat