Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

187) BANGUNAN PARKIR DAN PASAR BARU TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Permohonan parkir dan Pasar Baru bagi Taman Sri Muda sudah lebih dari 2 tahun. Bilakah ia akan dibuat dan berikan satu Òtime frameÓ yang boleh difahami penduduk dan peniaga

    1. Mengikut sasaran kerja tahunan yang telah dibentangkan “ Projek Pasar Seksyen 25” akan diiklankan untuk tender pada pertengahan bulan April 2011 dan dimulakan pembinaan pada bulan Jun 2011. projek ini mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan sepenuhnya bersekali dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

    Perancangan Kerja Projek Pasar Awam Seksyen 25

     

        TAHUN 2010 2012
      Perkara Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Jan
    1 Design Brief                          
    2 Iklan     /     Jemputan tender                          
    3 Pemilihan Kontraktor                          
    4 Penyediaan Kontrak                          
    5 Penyediaan Lukisan                          
    6 Kerja-kerja     Ditapak (24Bln)                          
      Siap Jun 2013                          
                                 
  2. Peniaga sudah di berikan notis pindah hujung tahun 2011 oleh pemilik tanah, apakah dalam tempoh 7 bulan dari sekarang pasar ini dapat disiapkan ?

    1. Dengan merujuk kepada Perancangan Kerja Projek Pasar Awam Seksyen 25 yang telah diberikan, tempoh siap kerja adalah selama 24 bulan oleh yang demikian adalah sukar untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam tempoh 7
  3. Huraikan kenapakah ianya lambat dibina ?

    1. Mengikut Perancangan Kerja 2011, Projek Pasar Awam Seksyen 25 tersebut masih dalam tempoh perancangan di mana ia akan diiklankan secara “Rekda & Bina” pada bulan April

     

    Projek Pasar Awam Seksyen 25 tidak dapat dilaksanakan dalam  tahun  2010 kerana tiada perancangan dan peruntukan yang disediakan dalam bajet tahun tersebut.

     

    Tapak tersebut sebelum ini telah pun dibuka oleh Majlis untuk cadangan projek penswastaan untuk pembinaan pasar awam, namun perjanjian  tersebut  ditamatkan  pada 2009 atas sebab pihak syarikat tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.