Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
179) MAJLIS PENGANGKUTAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pengangkutan Selangor. Bagaimanakah status terkini dan sumbangan Majlis Pengangkutan ini?
- Majlis Pengangkutan Selangor belum lagi ditubuhkan setakat ini. Ia telah dihantar kepada Dato’ Seri Idris Jala, Pengarah PEMANDU dan juga kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai cadangan Kerajaan Negeri
-
Apakah fungsi dan skop Majlis ini berbanding Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)?
- Fungsi dan skop Majlis ini berbanding SPAD adalah, Majlis ini dapat mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak-pihak berkenaan iaitu syarikat-syarikat pengangkutan seperti Prasarana, Rapid KL dan sebagainya. Pihak lain yang akan terlibat dalam Majlis Pengangkutan ini adalah seperti persatuan penduduk, badan bukan kerajaan, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil kerajaan negeri Selangor, dan penasihat
Majlis ini akan mengumpulkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk, menentukan tempat yang bermasalah dari segi kesesakan jalan, dan akhirnya menyimpulkan cadangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut untuk dipanjangkan kepada SPAD. Majlis ini adalah sesuai ditubuhkan kerana ia merupakan majlis pada tahap bawah, iaitu “on the ground”, berlainan dengan SPAD yang akan membuat dasar pada tahap Kerajaan Persekutuan.