Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

173) MASJID PEKAN DENGKIL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan 3 juta sejak 2009 dan kerajaan negeri 2 juta bagi pembinaan masjid di Pekan Dengkil. Bilakah projek tersebut akan dimulakan?

    Berdasarkan perancangan awal, projek tersebut sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2010. Namun, penyelesaian masalah tapak di tapak asal masjid sedia ada masih lagi tidak dapat di selesaikan.

  2. Adakah akan dibina di tapak sedia ada atau tapak yang baru?

    1. Pembinaan tapak tersebut masih belum lagi diputuskan walaupun perancangan awal daripada pihak Kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan projek tersebut di tapak lama iaitu tapak masjid sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.