Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
159) KONTRAKTOR ALAM FLORA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Didapati pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja di bawah Alam Flora telah tertangguh. Kenapakah perkara penangguhan ini berlaku?
- Masalah berhubung pelantikan kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sisa pepejal adalah di bawah tanggungjawab pengurusan pihak Alam Flora. Ini kerana pelantikan kontraktor hanya dilakukan oleh pihak Alam Flora tanpa melibatkan pihak PBT. Walaubagaimanapun, pelantikan kontraktor masih dijalankan tanpa sebarang penangguhan yang
-
Adakah penangguhan ini menjejaskan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah di PBTPBT?
- Masalah penangguhan terhadap pelantikan kontraktor yang kurang cekap boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana setiap PBT akan menerima pelbagai aduan berhubung dengan aktiviti pungutan sampah di kawasan mereka. Hal yang demikian akan mendatangkan kesan yang buruk kepada imej dan pengurusan di pentadbiran