Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
156) ISU PERJAWATAN DI MPAJ
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam apakah keadaan seorang pegawai boleh memegang 2 jabatan selama 2 tahun?
- Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan, dapat dirungkai kepada dua perkara yang berbangkit iaitu pematuhan bagi Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam dan Pengisian Jawatan Kenaikan
Pengisian Jawatan Kenaikan Pangkat
Untuk makluman YB Teratai, terdapat 2 kekosongan bagi jawatan ketua jabatan di MPAJ iaitu Pengarah bagi Jabatan Perancangan Korporat dan Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan. Ini merupakan kekosongan bagi jawatan kenaikan pangkat di mana skim perkhidmatan telah menetapkan bagi sebarang pengisian adalah melalui kenaikan pangkat sebagai kesinambungan karier anggota organisasi tersebut.
Setiap calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi setiap peraturan kenaikan pangkat yang ditetapkan Perintah Am Kerajaan dan pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Awam. Antara syarat yang ditetapkan ialah :-
- Telah disahkan dalam perkhidmatan
- Tempoh perkhidmatan pegawai yang dipertimbangkan
- Telah menduduki dan lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
- Bebas dari sebarang tindakan tatatertib/ salah laku
- Berprestasi tinggi dan baik
Dalam konteks MPAJ, setakat ini masih belum ada pegawai di MPAJ yang telah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat tersebut bagi mengisi kekosongan kedua- dua jawatan tersebut iaitu Gred 52 Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Gred 48 bagi pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan.
Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Sehubungan dengan itu, MPAJ telah mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam.
Para 5.1 yang menyatakan :- Penanggungan Kerja boleh dilaksanakan :-
- terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan
- tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak
Dalam aspek ini, MPAJ perlu memastikan kesinambungan fungsi organisasi tidak terjejas kerana kedua-dua kekosongan jabatan itu adalah amat mustahak dan perlu diperakukan pegawai yang LAYAK menanggung kerja sehingga kekosongan tersebut diisi.
Para 6 Bagi kelayakan pegawai yang layak menanggung kerja adalah :-
- Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan
- sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan.
- Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi
MPAJ juga telah mengadakan perbincangan dan menghantar permohonan bagi penstrukturan semula perjawatan MPAJ bersama Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 24 Ogos 2010 dan pada 11 March 2011, MPAJ telah menerima sebanyak 10 waran perjawatan baru yang melibatkan penstrukturan semula jabatan-jabatan dalaman MPAJ. Proses kenaikan pangkat dan penyusunan semula jabatan akan dilaksanakan segera bagi mengurangkan tugas pegawai-pegawai yang diarah menanggung kerja serta memperkukuhkan penstrukturan organisasi.
-
Selepas ADN Teratai membangkitkan masalah perjawatan di MPAJ pada sidang dewan tahun lepas bulan November, apakah tindakan yang pernah diambil. Sila lampiran laporan siasatan.
- Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan, berhubung pengurusan perjawatan di MPAJ, ianya terbahagi kepada beberapa isu iaitu pengisian jawatan, kenaikan pangkat dan tanggung kerja beberapa jawatan kenaikan
Pengisian jawatan kenaikan pangkat
Untuk makluman YB Teratai, terdapat 2 kekosongan bagi jawatan ketua jabatan di MPAJ iaitu Pengarah bagi Jabatan Perancangan Korporat dan Pengarah bagi Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan. Ini merupakan kekosongan bagi jawatan kenaikan pangkat dimana skim perkhidmatan telah menetapkan bagi sebarang pengisian adalah melalui kenaikan pangkat sebagai kesinambungan karier anggota organisasi tersebut.
Setiap calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi setiap peraturan kenaikan pangkat yang ditetapkan Perintah Am Kerajaan dan pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Awam. Antara syarat yang ditetapkan ialah :-
- Telah disahkan dalam perkhidmatan
- Tempoh perkhidmatan pegawai yang dipertimbangkan
- Telah menduduki dan lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
- Bebas dari sebarang tindakan tatatertib/ salah laku
- Berprestasi tinggi dan baik
Dalam konteks MPAJ, setakat ini masih belum ada pegawai di MPAJ yang telah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat tersebut bagi mengisi kekosongan kedua- dua jawatan tersebut iaitu Gred 52 Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Gred 48 bagi pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan.
Bagi memenuhi tuntutan kerja dan memastikan kesinambungan operasi organisasi MPAJ telah memperakukan dua pegawai yang berkelayakan dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan prestasi semasa yang baik bagi menanggung tugas untuk kedua-dua jawatan tersebut sehingga kekosongan itu di isi selaras dengan pekeliling perkhidmatan Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam Bil 17 tahun 2007.
Penempatan Kakitangan
Penempatan kakitangan di MPAJ adalah berdasarkan kepada faktor keperluan, kesesuaian, prestasi kerja dan kebertanggungjawaban seseorang kakitangan. Selain itu MPAJ juga melaksanakan penggiliran tugas(job rotation) untuk memberikan pendedahan, meningkatkan pengetahuan dan menambah pengalaman.
Sebagai contoh, Pegawai Perkhidmatan Bandar N41telah ditempatkan di Jabatan Belia dan Masyarakat dengan skim yang perkhidmatan sama. Tambahan pula kakitangan tersebut merupakan pegawai lantikan tetap baru yang belum disahkan dalam perkhidmatan.
Berkaitan penempatan Arkitek Lanskap, beliau adalah ketua bahagian dan melaksanakan kerja-kerja landskap Bahagian Lanskap adalah salah satu bahagian di dalam Jabatan Belia dan Masyarakat.
Berkenaan Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pentadbiran Am yang di tanggung oleh pegawai bergred N 41. Kedua-dua bahagian ini adalah di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan yang di kawal selia sepenuhnya oleh Timbalan Yang DiPertua/ Setiausaha selaku ketua jabatan
a) Cuti Tanpa Gaji
Jawatan yang ditinggalkan kosong kerana cuti belajar atau cuti tanpa gaji seperti Ketua Jabatan Bangunan dan Senibina dari perkhidmatan Arkitek, jawatan tersebut tidak boleh diisi secara hakiki sebaliknya secara tanggungan kerja oleh anggota yang berkelayakan. Pada masa ini, adalah benar jawatan Ketua Jabatan tersebut ditanggung kerja oleh penjawat gred 41 kerana tidak ada jawatan gred 44. Perkara ini telah selesai apabila penyandang hakiki jawatan tersebut telah kembali bertugas pada 16 Mac 2011 setelah habis cuti tanpa gaji kerana mengikuti keluarga belajar di luar Negara
b) Skim Perkhidmatan
Semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, isu lantikan Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pelesenan yang mempunyai kelulusan undang-undang, pelantikan tersebut adalah sah dan ianya adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan Pegawai Tadbir yang boleh di isi oleh calon-calon yang mempunyai kelayakan ijazah kepujian yang diiktiraf setaraf dengannya (multi discipline).
c) Pegawai Pinjaman
Sebelum ini, Jurutera J 48 yang di pinjam dari MPS telah ditugaskan untuk menyelia unit cerun di bawah Jabatan Kejuruteraan MPAJ. Pengkhususan kepada pemantauan cerun- cerun di dalam kawasan MPAJ amnya dan di Bukit Antarabangsa khasnya. Tugasan tersebut memerlukan pemantauan yang rapi dan mempunyai pengalaman yang luas dan kelayakan profesional bagi memantau projek yang bernilai RM 70 juta dan telah siap projek pada September 2010. Pada 15 Disember 2010 pegawai ini telah dipinjamkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah seliaan Jabatan perancang Bandar & Desa Selangor sehingga November 2012 sebelum di pulangkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (parent service)
d) Kesaksamaan Gender
Berkaitan perkara ketidakadilan gender di dalam kenaikan pangkat bagi pegawai wanita. Pegawai Sistem Maklumat, Pegawai Tadbir dan Pegawai Perhubungan Awam telah diluluskan kenaikan pangkat ke jawatan Gred F44, N44 dan S 44 pada 15 Disember 2010 dalam Mesyuarat Perjawatan & Pembangunan Modal Insan Bil 7/2010 setelah calon-calon mematuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.