Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
154) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YDP UNTUK PBT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Datuk Bandar/YDP untuk PBT yang telah ditukar sejak 2008?
- Berdasarkan maklumat sedia ada, lima (5) orang Yang Dipertua PBT telah bertukar
dalam tempoh 2008 hingga Mac 2011 ini. Perincian adalah seperti di jadual berikut:
Bil. PBT Butiran 1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) YBhg Dato’ Adnan bin Hj Md Ikshan telah dinaikkan pangkat ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mulai 14 Februari 2011.
2. Majlis (MPS) Perbandaran Selayang YBhg Dato’ Zainal Abidin bin A’ala, Yang Dipertua yang baru dilantik mulai 1 Mac 2011. Penyandang sedia ada telah bersara wajib.
3. Majlis (MPSp) Perbandaran Sepang Encik Mohd Sayuthi bin Bakar, Yang Dipertua mulai 1 Julai 2010. Penyandang sedia ada dinaikkan pangkat ke Kementerian.
4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) YBhg Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang Dipertua sedia ada yang menamatkan tempoh peminjaman pada 15 Februari 2011.
5. Majlis (MDSB) Daerah Sabak Bernam Encik Zailani bin Kadir, Yang Dipertua mulai 1 Julai 2010. -
Apakah proses pelantikan YDP yang baru di PBT?
- Pentadbiran Kerajaan Negeri selaku Pihak Berkuasa Melantik mengenal pasti beberapa calon yang berkelayakan dan kompeten untuk mengisi jawatan penting berkenaan. Senarai nama pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dikemukakan ke Pejabat Menteri Besar dan seterusnya pertimbangan serta persetujuan YAB Dato’ Menteri Besar akan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi urusan penempatan
Dalam konteks prosedur urusan pelantikan Datuk Bandar / Yang Dipertua PBT, penempatan pegawai dilaksanakan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 iaitu ‘Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap’. ‘Peminjaman’ merupakan kaedah pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat dan boleh digunakan oleh sesebuah Jabatan / Agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan Jabatan / Agensi berkenaan.
Bagi memastikan pemilihan calon pegawai kanan ini dijalankan dengan lebih lancar dan telus, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Panel Jawatankuasa Khas Pemilihan Ketua Jabatan terutamanya jawatan Datuk Bandar / Yang Dipertua. Panel Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh:
- YBhg Dato’ Dr Teng Chang Khim Speaker Dewan Negeri Selangor
- YBhg Dato’ Dr Hasan bin Mohd Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor
- YB Tuan Dr Xavier Jayakumar
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor
Panel Jawatankuasa Khas ini berperanan menemubual calon-calon pegawai yang dikenal pasti dan seterusnya mengesyorkan pilihan calon yang disenarai pendek kepada YAB Dato’ Menteri Besar bagi pertimbangan serta persetujuan lanjut. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan calon yang berkelayakan dan mengesyorkan perihal ini kepada JPA untuk urusan penempatan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan melantik ahli politik menerajui jawatan ini? Sila berikan butir-butir.
- Buat masa ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri masih belum bercadang untuk melantik ahli politik menerajui mana-mana PBT Negeri