Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?

    1. Sehingga 15 Mac 2011, terdapat sebanyak 134 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 47,058 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :-

     

    NO KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK KOMERSIAL PROJEK INDUSTRI PROJEK PEMBESARAN

    KAMPUNG

    JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT
    1 MPK 23 5 1 29 4,134
    2 MBPJ 3 4 7 2,996
    3 MBSA 14 1 1 16 5,114
    4 MPSJ 5 3 8 7,734
    5 MPAJ 10 1 11 2,949
    6 MPKJ 11 11 4,150
    7 MPS 9 1 2 12 2,310
    8 MPSP 8 8 3,641
    9 MDKS 8 2 10 7,011
    10 MDHS 5 1 6 12 5,955
    11 MDKLGT 7 2 9 1,032
    12 MDSB 1 1 32
    JUMLAH 104 18 2 10 134 47,068
  2. Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?

    1. Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga  kini  Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 23 projek  yang  melibatkan  9,179 unit dari Mac 2008 seperti berikut :-

     

    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 Cadangan                Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 unit
    2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang Transhabour Sdn Bhd 258 unit
    3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14,  Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd 28 unit
    4 Taman    Bunga    Ros,    Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan Willow Construction

    Sdn. Bhd

    30 unit
    5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn Bhd 196 unit
    6 Taman Prima Selayang Di atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot

    4487, 5510 & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak

    Kansas Corporation Sdn Bhd 220 unit
    7 Rumah Teres 2 Tingkat,  HS (D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn Bhd 387 unit
    8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 unit
    9 Taman Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn Bhd 33 unit
    10 Taman Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn Bhd JV Tetuan Yayasan Selangor 77 unit

     

     

     

    11 Cadangan                Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam Tetuan PCM Bina Sdn Bhd 1,514 unit
    12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit
    13 Bandar      Pinggiran      Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB / Unique Creation 580 unit
    14 Cadangan membina Rumah / Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd 512 unit
    15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan               Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd 1316 unit
    16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9 F, 12, 19 dan

    21.

    Talam Corporation Bhd 1447 unit
    17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 ½ Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat (MPAJ) Tetuan Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad 203 unit
    18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn.

    Bhd

    128 unit
    19 Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Windhill Development & Construction Sdn. Bhd 100 unit
    20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn Bhd 84 unit

     

     

     

    21 Putra Intan Kondominium Pemaju Asal : Lembah Kerjaya (Telah Digulung) Diambil Alih oleh Rimbun Capital Sdn Bhd 300 unit
    22 Taman Khalid Al-Walid, Shah Alam Nuri Konsortium Sdn Bhd Diambil alih oleh

    SPNB

    48 unit
    23 Lagoon Perdana, Subang Jaya Pemaju : Tenaga Gagah S/B Diambil alih oleh IJM Construction 1052 unit
    Jumlah Pembeli / Unit 9179 unit
  3. Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?

    1. Untuk makluman, beberapa kaedah telah dilaksanakan bagi tujuan memulihkan projek terbengkalai seperti berikut :-

     

     

    1)           Kos Tambahan (Topup)

    Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek  tersebut bagi mendapatkan butiran terperinci kos tambahan yang perlu ditanggung secara bersama oleh pembeli-pembeli. walau bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah pembeli bagi tujuan pemulihan.

     

     

    2)           Lantikan Pemaju Penyelamat

    Kerajaan Negeri melalui LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. bagi pemaju yang  menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju / kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuat keputusan. bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’ / Pegawai Penerima,  perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator‘ / pegawai penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

     

     

     

     

     

    3)           Perampasan Tanah dan Pengambilan Tanah

    Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. selain itu, pengambilan tanah juga sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender sebagai contoh projek Bukit Botak dan Alam Perdana.

     

     

    • Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) Jawatankuasa terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa Pembeli / Pemilik Rumahan Bank

     

     

    Untuk makluman, pembangunan semula projek-projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010. walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi  memulihkan  projek-projek  terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.