Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
146) PUSAT TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM 3.45 juta untuk mengadakan pusat-pusat tuisyen rakyat bagi tahun 2011 untuk golongan berpendapatan kurang RM 1,500. Nyatakan bilangan, tempat dan jumlah pelajar yang telah menyertainya?
- Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.45 Juta kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bagi menjalankan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM 1500.00. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dijalankan di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan (56 DUN) dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. Bagi meneruskan hasrat murni kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang lemah, kerajaan Negeri Selangor konsisten memberikan peruntukan yang sama pada tahun 2010 dan 2011 bagi meneruskan program ini.
Pada tahun 2011, permohonan untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah dibuka pada 1 Februari 2011 di seluruh Negeri Selangor. Kelas tuisyen mula diadakan pada 5 Mac 2011. Walaubagaimanapun, masih terdapat sepuluh (10) kawasan (DUN) yang masih belum memulakan kelas tuisyen. Kawasan tersebut adalah, Permatang, Bukit Melawati, Kota Damansara, Kota Anggerik, Pandamaran, Sri Andalas, Kampung Tunku, Bukit Lanjan, Seri Kembangan dan Kajang. Sehingga 18 Mac 2011, seramai 2884 orang pelajar telah berdaftar untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan bilangan lokasi sebanyak 110 buah tempat.
-
Setakat ini bagaimanakah keberkesanan hasil program tersebut?
- Keberkesanan hasil perlaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dapat dilihat darisegi perkara berikut:
- Peningkatan pelajar-pelajar menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dari tahun 2009 hingga
Nama Program Tahun Jumlah Pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2009 4333 orang 2010 4508 orang Jumlah keseluruhan 8841 orang - Keputusan peperiksaan pelajar
Keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) turut dilakukan dengan membuat perbandingan keputusan peperiksaan pelajar sebelum dan selepas menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Perbandingan dilakukan dengan melihat keputusan peperiksaan sepertimana berikut:
- Keputusan Penilaian menengah Rendah (PMR)
- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat (4)
- Ujian Prestasi Pelajar – Anjuran PTRS
- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Perubahan sikap pelajar
Pengamatan yang dilakukan oleh Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang menguruskan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ada melaporkan mengenai perubahan sikap ditunjukkan oleh pelajar PTRS dari negatif kepada positif.
- Keberkesanan hasil perlaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dapat dilihat darisegi perkara berikut:
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk memilih pelajar yang layak menyertainya?
- Pelajar-pelajar adalah dipilih oleh Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang dilantik mewakili setiap kawasan (DUN). Pelajar-pelajar hendaklah memenuhi syarat- syarat berikut:
- Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diberikan secara
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana (kurang dari RM 1,500.00).
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang lemah dalam pelajaran. Ia merujuk kepada keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan empat (4) dan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pemohon di mana memperolehi gred ‘D’ / ‘C’ / ‘B’ dalam empat (4) matapelajaran teras yang ditawarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Empat (4) matapelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
- Borang permohonan hendaklah disahkan oleh ketua kampung / JKKK / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat bagi mengesahkan alamat
- Borang yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang dilantik mewakili setiap kawasan (DUN) atau kepada Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan yang
- Borang permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses oleh pihak pentadbiran.