Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

138) AIR PERCUMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah memperkenalkan insentif air percuma 20m. padu pertama untuk setiap meter individu. Berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan negeri atau anak syarikatnya untuk membiayai skim ini sejak 2008 hingga sekarang?

    1. Kos yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dan anak syarikatnya adalah seperti berikut:

     

    Bil Tahun Jumlah (RM)
    1 2008 68,674,732.87
    2 2009 131,468,341.10
    3 2010 136,217,650.50
    4 2011 11,778,334.37
    Jumlah Keseluruhan 348,139,058.84

     

    Perincian kos bulanan mulai tahun 2008 sehingga kini adalah seperti di

    Lampiran 1.

  2. Sejauh manakah Kerajaan negeri mampu meneruskan skim ini tanpa mendatangkan risiko terhadap kewangan negeri?

    1. Kerajaan Negeri memulangkan semula hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri dalam bentuk pemberian air percuma 20m3 pertama kepada rakyat selari dengan tema Bajet Kerajaan Negeri iaitu Hasil Negeri Untuk Rakyat. Justeru itu, bagi tempoh jangka panjang, kos pemberian air percuma yang tinggi ini akan dipertanggungjawabkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan konsesi air di Negeri
  3. Adakah skim air percuma ini mampu mendidik rakyat untuk berjimat dalam penggunaan air?

    Skim air percuma ini memberikan rakyat air percuma bagi 20 meter padu yang pertama sebanyak RM11.40. Bagi rakyat yang menggunakan  air  kurang daripada 20 meter padu, mereka tidak perlu membayar bil air, justeru ia mampu mendidik rakyat untuk berjimat dalam penggunaan

Lampiran

Tiada Lampiran.