Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

130) PERTANIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perubahan cuaca yang tidak menentu telah mengurangkan hasil tanaman pertanian dan seterusnya menyebabkan harga hasil pertanian seperti sayur-sayuran meningkat. Senaraikan jenis dan jumlah hasil pertanian yang diimport dan dieksportkan oleh Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.

    1. Jawapan oleh Seksyen Sektoral, SUK
  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Selangor dan seterusnya harga hasil pertanian asas tidak meningkat dengan mendadak?

    1. Langkah-langkah diambil oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut:

     

    1. Memastikan pengeluaran hasil padi yang tinggi dan berterusan melalui Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor bermula tahun 2009 sehingga 2013. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM

    3.05 juta bagi pelaksanaan program ini tahun 2011.

    1. Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Di mana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk program ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 1.45 juta pada tahun 2011. Sehingga Disember 2010:

     

    • Bilangan TKPM: 12
    • Keluasan Keseluruhan: 1,309.4 hektar
    • Nilai Pengeluaran Hasil Keseluruhan: RM31.1 juta

     

     

     

     

     

    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui  Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 2.2 juta untuk program-program tersebut. Sehingga tahun 2010, Jabatan  Pertanian merekodkan :

     

    Jenis Tanaman Keluasan (hektar) Nilai Pengeluaran (RM)
    1.Sayur-sayuran 2369.4 13.1 juta
    2. Buah-buahan 1314.8 12.5 juta
    3. Tanaman Industri 145 1.2 juta

     

    1. Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) , melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan. Sehingga kini terdapat 18 usahawan tani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah diiktiraf  mendapat Sijil
    2. Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman.
    3. Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia di mana aktiviti-aktiviti latihan , seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar. Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.