Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

128) SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan mempunyai senarai semak yang sama di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi kebenaran merancang ?

    1. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai senarai semak kebenaran merancang yang sama iaitu menggunakan Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyelaraskan pelaksanaan Pusat

     

    Senarai semak bagi kebenaran merancang tersebut telah dikemaskini dan ditambah baik di mana ’Template Seragam Senarai Semak’ yang terkini telah diedarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Selangor pada 22 Februari 2011 untuk diguna pakai mulai 1 April 2011.

  2. Kenapa tidak diselaraskan ?

    1. Senarai semak yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan panduan utama di mana dalam melaksanakan senarai semak tersebut, ianya disesuaikan dengan ciri-ciri keadaan pembangunan dan keperluan setempat bagi mempermudahkan serta memperlengkapkan lagi perkara-perkara yang perlu dipatuhi dan disediakan oleh pemohon semasa mengemukakan permohonan kebenaran merancang. Pihak OSC sedang di  dalam pengemaskinian senarai semak berdasarkan templete yang telah diedarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.