Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

119) DANA INFRASTRUKTUR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 1 juta untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di setiap DUN. Nyatakan senarai pihak yang bertanggungjawab di kawasan DUN Barisan Nasional?

    1. Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) mengenal pasti dan menyenaraikan projek-projek yang berkaitan dengan peruntukan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di setiap Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) bagi pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan jalan-jalan negeri, pembaikan longkang tepi jalan dan jalan tanah (crusher run). Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab bagi kawasan-kawasan Dewan Negeri yang
  2. Bagaimanakah mekanisme pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek tersebut?

    1. Projek-projek tersebut akan disenaraikan oleh ADN yang telah mengenal pasti keperluan pembangunan di kawasan mereka. Projek tersebut akan dikemukakan kepada PBT yang akan merancang dan memproses urusan berkaitan pelaksanaan projek. PBT akan membuat permohonan peruntukan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor. Peruntukan yang telah diluluskan bagi projek-projek tersebut akan dikeluarkan secara Direct Grant kepada PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.