Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
104) AGENDA RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah memberikan penyataan dasar tentang Agenda Rakyat Selangor 2011-2013. Apakah perincian agenda tersebut dalam bentuk pelan tindakan?
- Agenda Rakyat Selangor 2011-2013 adalah satu pelan tindakan baharu Kerajaan Negeri Selangor bersempena tiga tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat. Penyediaan pelan pembangunan ini amat berbeza dengan Kerajaan Persekutuan di mana pelan ini mempunyai susur alur kebertanggungjawaban yang jelas dan terperinci bagi membolehkan setiap rancangan di dalam pelan ini akan dilaksanakan dengan rapi dan teratur. pendekatan bottom-up atau bawah ke atas juga dipraktikkan dalam penyediaan pelan ini di mana konsep ‘town hall’ meeting’ diadakan untuk mendapatkan maklum balas dari seluruh lapisan masyarakat tentang perubahan dan penambahbaikan yang diperlukan di negeri Selangor
Terdapat lima teras utama dikenal pasti di dalam pelaksanaan Agenda Rakyat Selangor 2011 – 2013 ini seperti berikut :
- Integrasi Ekonomi dan Sambung Tara.
Teras ini memfokuskan kepada kegiatan dan penglibatan sektor swasta dalam sektor-sektor ekonomi negeri secara aktif dan dinamik bagi menambah peluang pekerjaan serta meningkatkan ekonomi dan hasil negeri. ini dihuraikan melalui beberapa medium antaranya mereformasikan polisi dan peruntukan tanah negeri dengan memastikan tanah negeri digembleng secara lebih efisien, menyuburkan dan memperkasakan pelaburan dan perdagangan negeri, mentransformasikan sektor pertanian supaya memberi pendapatan yang lebih kepada ekonomi negeri, menyediakan pelan perumahan yang berpatutan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurang kemiskinan, mewujudkan polisi “Clean River”, membangunkan sektor pembuatan dengan lebih kompeten, serta mempromosikan sambung tara informasi dengan lebih efektif dan teratur.
- Pembinaan Masyarakat Berkesedaran Sivik, Bermoral dan Berkerohanian
Teras ini melakarkan visi negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang didiami masyarakat yang sepadu dari segi rohani, minda, dan jasmani. selaras dengan itu, Kerajaan Negeri akan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan program dan kempen bagi memperkuatkan nilai-nilai kekeluargaan, mengupayakan golongan belia dan wanita, memperkasakan hak-hak Orang Asli di Negeri Selangor serta menggalakkan usahwan sosial melalui pelaksanaan strategik kredit mikro. selain itu, Kerajaan Negeri juaga akan menekankan aspek mempromosikan kebudayaan, kesenian, dan warisan negeri Selangor, menambak baik kesejahteraan masyarakat dalam beragama, mempromosikan kesamarataan jantina dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri, membekalkan kualiti kesihatan yang terbaik dan mencukupi kepada lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, serta memperkasakan golongan belia kepada aktiviti sosioekonomi bandar dan desa di setiap daerah di negeri Selangor.
- Bandar dan Kota Yang Selesa Didiami
Pembangunan bandar dan desa negeri Selangor harus bersifat adil dan sama rata dalam pelaksanaannya. menyedari perkara tersebut, teras ini menekankan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien dengan memfokuskan kepada konsep “Cleaner, Greener and Safer Selangor”. Selain itu, Kerajaan Negeri akan mereka bentuk dan menyediakan sistem pengangkutan awam dan jalinan jalan raya yang lebih mudah diakses dan teratur. pembangunan bandar yang lebih selamat dengan pelbagai projek keselamatan seperti pemasangan CCTV di bandar terpilih negeri Selangor sebagai permulaan juga akan dimasukkan di dalam teras ini. sistem pengurusan air negeri juga akan diselaras dengan lebih teratur serta melaksanakan sistem dan polisi imigresen terhadap pekerja asing di negeri Selangor dengan lebih mantap dan teratur.
- Mempromosikan Tadbir Urus yang Baik
Antara strategi di dalam teras ini antara lain meningkatkan produktiviti kerja dan sistem penyampaian yang lebih berkesan, memastikan pekerja sekotr awam mengamalkan profesionalisme yang tinggi tanpa mengira sentimen politik, agama dan kaum. mengambil kira penekanan terhadap perkara tersebut, Kerajaan Negeri akan mereformasikan Kerajaan Tempatan supaya lebih telus dan mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi, mempromosikan dan mewujudkan Ahli Dewan Negeri yang lebih berdemokrasi, mengamalkan ketelusan dan berakauntabiliti, menambah baik pengurusan Kewangan ngeri supaya lebih telus dan beramanah, serta melahirkan masyarakat sivil dan bertunjangkan kepada demokrasi baru negeri Selangor.
- Mendukung Harapan Rakyat
Teras ini menterjemahkan hasrat Kerajaan Negeri untuk menghasilkan satu agenda pembangunan yang baik dan teratur supaya aspirasi dan harapan masyarakat dan rakyat terhadap pelaksanaan projek-projek di bawah Agenda ini tidak akan menjadi ‘ Projek Gajah Putih’ seperti pentadbiran kerajaan negeri yang lepas. oleh demikian, Kerajaan negeri akan melaksanakan ‘projek pemacu’ di dua buah daerah iaitu Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi memperkasakan sistem penyampaian awam dan menjana pendapatan negeri.
Selain itu, teras ini akan memfokuskan kepada mengatasi masalah kekangan sumber yang dihadapi kerajaan negeri, mengatasi perubahan dan cabaran masa hadapan, membangunkan mekanisme pemantauan dan maklum balas yang lebih efektif, menambah baik perkhidmatan awam negeri, serta mengatasi kekangan perbezaan visi dan misi Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
-
Adakah kerajaan negeri memperuntukkan bajet tertentu untuk melaksanakan agenda tersebut?
- Pelaksanaan Agenda Rakyat Selangor 2011-2013 adalah kesinambungan dari program pembangunan induk Kerajaan Negeri Selangor di bawah “Merakyatkan Ekonomi Selangor” atau MES yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga sekarang. oleh yang demikian, peruntukan bajet bagi pelaksanaan Agenda Rakyat Selangor ini telah dimasukkan bersekali dalam bajet tahunan di bawah MES dan segala pelan tindakan yang bakal dilaksanakan akan dimasukkan sekali bersama-sama program MES secara
-
Apakah kayu ukur untuk memastikan agenda tersebut berjaya?
- Agenda Rakyat Selangor 2011-2013 akan menjadi satu strategi penyelesaian dan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri Selangor. kayu ukur utama Agenda ini ialah bagi menyediakan satu pelan visi dan tindakan yang menyeluruh untuk negeri Selangor yang mengutamakan keperluan, permasalahan dan aspirasi rakyat Selangor untuk dikongsi bersama –sama kerajaan-kerajaan negeri lain. kerajaan Persekutuan, serta pihak berkepentingan yang lain selain itu, pelaksanaan program, pelan dan dasar yang terkandung dalam agenda ini akan menghasilkan negeri Selangor yang bercirikan jalinan dan ekosistem capaian untuk semua, yang bersifat mesra alam sekitar, berteraskan kesedaran rohani dan moral, serta memajukan ekonomi negeri dan keharmonian sosial untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, jantina, umur, latar belakang, mahupun