Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

100) PENYENGGARAAN JALAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan MBSA di muka surat 113: Apakah sebab-sebab rancangan penyenggaraan jalan secara berkala tidak disediakan?

    Majlis tidak mampu berbuat penyenggaraan jalan secara berkala kerana  ianya melibatkan peruntukan yang tinggi.  Namun  kerja-kerja  pembaikan  dan penyelenggaraan berdasarkan keperluan dan aduan semasa.

  2. Apakah sebab-sebab daftar inventori penyenggaraan jalan tidak diselenggara?

    1. Majlis ada menyimpan rekod kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan namun masih tiada sistem inventori khas secara bulanan/tahunan.
  3. Apakah sebab-sebab tiada pemantauan dilakukan dan aduan yang diterima lewat diambil tindakan?

    1. Majlis ada Jawatankuasa Aduan bagi memantau aduan-aduan yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.