Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
99) WIFI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan yang telah dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI mengikut PBT yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Polisi Merakyatkan Informasi Negeri Selangor
- Projek WIFI atau dikenali sebagai “Wireless Selangor” adalah usaha kerajaan negeri memperluaskan kemudahan wayarles jalur lebar (internet broadband) dan akses internet (internet accesibility) ke semua kawasan dalam negeri Selangor. Penglibatan Kerajaan Negeri Selangor dan Penyedia Perkhidmatan Internet atau dikenali sebagai ISP (Internet Service Provider) di dalam projek ini, membolehkan kemudahan capaian internet tanpa wayar ini akan dinikmati oleh rakyat Selangor dengan PERCUMA. Ini menepati manifesto Kerajaan Negeri untuk menjadi Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Terdapat tujuh lokasi yang telah dilengkapi dengan kemudahan capaian WIFI secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu seperti berikut:
- Dataran Shah Alam
- Kompleks PKNS Shah Alam
- Seksyen 2 Shah Alam
- Seksyen 3 Shah Alam
- Seksyen 9 Shah Alam
- Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
- Batang Kali, Hulu Selangor
- Seksyen 7 Shah Alam,
- SUK(luaran)
-
Apakah sebab yang menyebabkan perkhidmatan WIFI ini hanya boleh disiapkan sepenuhnya pada tahun 2015?
- Perkhidmatan “Wireless Selangor” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dipacu dengan beberapa kaedah. Pertamanya dengan penglibatan Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang mana kerajaan negeri akan menampung kos permulaan bagi menyediakan infrastruktur projek “Wireless Selangor” ini dan seterusnya dengan kerjasama penuh pihak PBT(Pihak Berkuasa Tempatan) yang akan bersama- sama menampung kos operasi projek ini dalam kawasan yang terlibat bagi tahun-tahun berikutnya. Keduanya dengan kaedah PFI (Private Financial Initiative) yang mana usaha ini digerakkan dan sedang berjalan oleh pihak swasta terutamanya pihak yang mempunyai lesen ISP daripada pihak SKMM(Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia). Ketiganya dengan kaedah penglibatan pihak korporat dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri di dalam program CSR (Corporat Social Responsibility) seperti yang dilaksanakan di bangunan Kompleks PKNS, shah Alam yang mana perkhidmatan wifi secara percuma telah pun disediakan di bangunan kompleks PKNS. Manakala penglibatan pihak korporat di dalam program ini sedang dalam proses
Dengan penglibatan Kerajaan Negeri dan juga kerjasama penuh daripada pihak PBT khususnya, projek “Wireless Selangor” dicapai sepenuhnya sehingga tahun 2015 sepertimana yang telah dirancang. Satu kajian mengenai perkhidmatan wifi di negeri ini menunjukkan bahawa Selangor menduduki tempat ketiga di dalam menyediakan perkhidmatan internet wireless yang didahului oleh negeri Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun kerajaan negeri tetap komited bagi menjayakan program “Wireless Selangor” dengan mengambil kira keluasan, kepadatan penduduk serta kos bagi menyediakan perkhidmatan ini serta mencapai sasaran 150 spot yang telah ditetapkan. Ini sejajar dengan Prinsip U-Wisel (Ubiquitos Wifi Selangor) yang telah ditetapkan iaitu:-
- LIPUTAN (COVERAGE)menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan sama ada di bandar ataupun di luar
- CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan(QoS) dari sudut kelajuan, uptime dan integriti
- KELESTARIAN (SUSTAINABILITY) alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan(pencemaran pemandangan dan radiasi)
- IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT)pengagihan peluang yang sama rata dan mampu milik(affordibility).
Kerajaan negeri juga yakin, dengan penglibatan bersungguh-sungguh pihak korporat dan GLC dalam menjayakan projek “Wireless Selangor” melalui kaedah PFI dan juga CSR akan membolehkan sasaran 150 hotspot dicapai lebih awal dari tahun 2015.
-
Apakah usaha yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan warga negeri supaya celik IT dan seterusnya menggunakan perkhidmatan WIFI ini dengan sebaiknya.
- Usaha Celik IT dan Guna IT yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan dua asas iaitu:.
- Persediaan Kandungan (Content)
Persediaan menyediakan kandungan adalah salah satu intipati yang penting bagi melihat kejayaan celik IT di kalangan warga Negeri Selangor. Beberapa langkah telah dirancang bagi menjayakan usaha Celik IT antaranya ialah:-
i. Program Kemahiran, Pembangunan & Latihan ICT.
Beberapa sesi latihan dan kursus telah dilaksanakan secara percuma kepada masyarakat sempena Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor (FesSTIS). Kursus asas penggunaan ICT telah diberi kepada peserta dengan penggunaan aplikasi pejabat seperti MS Word, Excel dan latihan asas penggunaan internet serta pendedahan penggunaan laman web sosial. Modul yang dijadualkan adalah seperti di bawah :
BIL
Sasaran peserta
Kursus-kursus dalaman dan latihan
1
NGO
Penyediaan Blog & Facebook
2
Pimpinan negeri spt ketua kampung dan JKKK.
Pengenalan kepada komputer & internet
3
Badan Kebajikan
(Rumah anak yatim dan sebagainya)
Pengenalan kepada komputer & internet
4
Pesara Kerajaan spt pesara polis,tentera, guru dan pesara JPA
Pengenalan kepada Microsoft Word 2007
Pengenalan kepada komputer & internet
ii. Bengkel dan penulisan menggunakan ICT
Bekerjasama dengan komuniti para penulis sastera yang menerbitkan penulisan mereka di website atau blog. Dua slot program yang telah dan akan diteruskan ialah:
- HESCOM (Hadiah e-sastera). Satu program yang diwujudkan untuk mempertandingkan penulisan daripada penulis yang mempunyai kualiti penulisan di website atau blog masing-masing.
- PROKSI (Program Kemahiran Sastera dan ICT). Satu program latihan bagi membolehkan para penulis meningkatkan kemahiran menggunakan internet sebagai medium penyampai atau
iii. Penyediaan Pusat Siber Rakyat
Membangun dan menyediakan PSR dengan konsep menggabungkan ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan medium berbentuk fizikal dan digital dan menjadikan PSR untuk penyebaran ilmu ICT bagi masyarakat luar bandar. Ia juga sebagai salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dengan mensasarkan komuniti setempat tanpa mengira peringkat umur.
Dengan menyediakan PSR di perpustakaan desa atau daerah juga membolehkan perpustakaan menganjurkan program-program pembelajaran atau melanggan program pembelajaran interaktif untuk penduduk setempat. Seterusnya membantu peningkatan proses pembelajaran, khususnya kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Pada ketika ini, 5 buat PSR telah dibina seperti di bawah dan kerajaan negeri mensasarkan 5 buah lagi tahun ini.
- Ijok
- Ampang
- Semenyih
- Klang
- Banting
iv. Kursus pemasaran produk secara online (e-marketing)
Menyedari bahawa program-program anjuran kerajaan negeri juga berpotensi untuk menghasilkan produk yang boleh dipasarkan, program yang bakal disediakan ini akan membantu pusat-pusat PKW (Pusat Komuniti Wanita) bagi membuka ruang yang lebih luas kepada para peserta wanita khususnya golongan ibu tunggal untuk menjana pendapatan tambahan.
Kursus ini akan menggabungkan dua entiti utama iaitu
- Pemasaran & pengiklanan (website&blog, facebook, google dan sebagainya)
- Pembayaran (pembayaran on-line. cth: e-banking, e-bay dan sebagainya)
- Persediaan Infrastruktur
- Aplikasi Elektronik Kerajaan
Kerajaan negeri juga meluaskan penggunaan aplikasi IT di jabatan-jabatan kerajaan dan juga kepada warga negeri Selangor seperti penggunaan pembayaran on-line dan SMS bagi
- kemudahan pembayaran semula pinjaman skim Mikrokredit Miskin Bandar(MiMBAR),
- kemudahan pembayaran cukai PBT(Pihak Berkuasa Tempatan),
- kemudahan pembayaran zakat,
- kemudahan sumbangan derma (e-derma) yang disediakan di masjid- masjid menggunakan kad bank seperti yang telah diguna pakai di Masjid Darul Ehsan, Subang
Selain dari itu, kerajaan juga telah menggunakan kemudahan ICT seperti Email, dan paparan LED dalam berkomunikasi dengan rakyat. Kerajaan Negeri juga akan menggunakan paparan LCD sebagai medium penyampai yang dikenali sebagai IDM (Interior Display Media) dan juga ODM (Outdoor Display Media) dengan kerjasama TV Selangor sebagai pembekal kandungan di dalam menyampaikan maklumat kerajaan negeri kepada masyarakat.
ii. Menaiktaraf dan Melebarkan Jaringan Infrastruktur Komunikasi
Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan komunikasi yang akan dilebarkan ke seluruh Negeri Selangor untuk mencapai jalinan perhubungan yang meluas dengan usahasama pihak PBT(Pihak Berkuasa tempatan), GLC(Government Link Company) dan juga inisiatif syarikat- syarikat korporat menggunakan kaedah PFI (Private Funding Initiative) dan juga CSR (Corporate Social Responsibility).
Kerajaan Negeri juga sedang melihat dan mengkaji potensi untuk melebarkan jaringan infrastruktur telekomunikasi ini seperti di pusat-pusat komuniti spt di masjid dan juga pusat membeli-belah terutamanya ke kawasan luar bandar dan kepada golongan yang kurang menikmati faedah pembangunan.