Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

90) POLIS BANTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada bercadang untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri untuk mencegah jenayah. Adakah kerajaan negeri tidak yakin dengan kemampuan pasukan polis sedia ada?

    1. Kemajuan yang semakin pesat di Selangor khasnya di dalam bidang perindustrian, perkilangan, perniagaan dan pendidikan telah menyebabkan Kerajaan Negeri memikul tugas dan tanggungjawab yang besar di dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan kepada akta dan undang-undang yang diguna pakai. Ini terutamanya memandangkan Selangor ke arah urbanisasi dengan penekanan terhadap amalan Program Local Agenda 21 bersama penduduk iaitu mewujudkan Bandar

     

    Tidak wujud soal keyakinan dalam perkara ini. Tujuan permohonan kuasa polis bantuan adalah untuk memberikan kuasa tambahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di dalam menjaga harta benda miliknya dan sebagai membantu tugas-tugas  penguatkuasaan  yang dilaksanakan pada setiap hari.

     

    Pihak Berkuasa Tempatan juga telah mempunyai Mahkamah Majistret (Munisipal) yang telah ditubuhkan pada 29 Jun 1994 bagi membantu pihak Kerajaan Negeri untuk membawa kes-kes yang melibatkan Akta dan undang-undang yang diguna pakai.

     

  2. Apakah rasional cadangan penubuhan pasukan tersebut?

    1. Penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Pihak Berkuasa Tempatan dipercayai dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas-tugas berikut : –

     

    1. Memelihara undang-undang dan ketenteraman
    2. Mengekalkan keamanan dan keselamatan
    • Mencegah dan mengesan jenayah
    1. Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah

     

    Memastikan kadar jenayah dapat diminimumkan dan  rakyat  merasa  sentiasa selamat. Ini juga membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk mewujudkan “gated and guarded community”, dan menghadapi inflasi. Apabila kita membaca akhbar berita yang dipapar berkisah terhadap pembunuhan, pecah rumah, ragut dan penculikan. Situasi ini tidak menggambarkan kemakmuran dan keharmonian kerana tidak  mewujudkan  suasana selamat kepada penduduk setempat.

     

     

  3. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa hal ehwal keselamatan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan?

Lampiran

Tiada Lampiran.