Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
87) PERKHIDMATAN ALAM FLORA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perkhidmatan Alam Flora dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal masih lagi di tahap yang tidak memuaskan khususnya kontraktor-kontraktor yang tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Apakah rasional Kerajaan Negeri untuk meneruskan perkhidmatan Alam Flora?
- Secara rasionalnya Kerajaan Negeri harus meneruskan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) bagi menguruskan perkhidmatan awam di Negeri Selangor. Antara rasional adalah kerana terdapat sebahagian besar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak mampu untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi. Selain daripada itu, kadar harga yang ditetapkan oleh Alam Flora adalah berbeza-beza di setiap PBT bagi skop kerja yang dijalankan. Berikutan hal yang demikian, pihak konsesi yang dilantik oleh PBT terpaksa menanggung kerugian di sebahagian dari PBT tersebut. Hal ini juga berikutan kerana terdapat peruntukkan undang-undang yang telah sedia ada. Bagi pihak Majlis Daearah Kuala Langat (MDKL) mereka masih dalam tindakan penilaian prestasi kerja yang dilaksanakan oleh AFSB.
-
Apakah pilihan lain yang tersedia bagi Kerajaan Negeri dan mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan pelupusan sisa pepejal?
- Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan terbaik bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan pelupusan sisa pepejal. Bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka menyatakan agar Kerajaan Negeri mampu memperuntukkan bajet bagi menguruskan sisa pepejal dengan membina loji incinerator, transfer station dan logistik bagi membantu PBT yang kurang berkemampuan. Manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan pihak majlis tiada pilihan lain kerana AFSB adalah konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Walaubagaimanapun, sekiranya diberi peluang, pihak MBSA berkemampuan bagi menguruskan kerja-kerja pembersihan dengan