Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

85) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelaburan yang berjaya dicatatkan pada tahun lalu mengikut kategori?

    1. Jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor mengikut kategori industri adalah seperti berikut;-

     

     

    Industri

     

    Projek

     

    Pekerjaan

    Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Food Manufacturing 26 1,424 336,112,165 626,902,513 963,014,678
    Beverages Tobacco & 2 110 90,807,730 572,270 91,380,000
    Textiles Textiles Product &  

    4

     

    199

     

    34,288,240

     

    41,282,178

     

    75,570,418

    Wood & Wood Products 11 345 47,306,276 21,034,220 68,340,496
    Furniture Fixtures & 16 1,396 91,229,105 1,740,000 92,969,105
    Paper, Printing & Publishing 2 131 41,850,000 14,980,000 56,830,000
    Chemical Chemical Products &  

    31

     

    816

     

    317,450,303

     

    1,243,473,777

     

    1,560,924,080

     

     

     

    Petroleum Products                      (Inc. Petrochemicals)  

    2

     

    89

     

    24,240,000

     

    0

     

    24,240,000

    Rubber Products 20 4,089 591,359,485 77,177,016 668,536,501
    Plastic Products 26 1,135 177,181,085 121,480,545 298,661,630
    Non-Metallic Mineral Products 8 469 71,402,200 1,547,599,596 1,619,001,796
    Basic           Metal Products 16 959 275,100,112 63,515,332 338,615,444
    Fabricated Metal Products 24 1,294 99,839,992 67,649,399 167,489,391
    Machinery          & Equipment 44 3,658 693,685,786 231,646,882 925,332,668
    Electronics        & Electrical Products  

    36

     

    4,599

     

    454,539,493

     

    793,181,308

     

    1,247,720,801

    Transport Equipment 44 6,222 1,993,600,027 245,380,373 2,238,980,400
    Scientific           & Measuring Equipment  

    8

     

    926

     

    146,161,994

     

    45,200,000

     

    191,361,994

    Miscellaneous 5 4 8,832,560 4,033,440 12,866,000
    Jumlah 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,849 10,641,835,402

    Sumber : MIDA

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan?

    1. Antara strategi kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan  memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan adalah seperti berikut;-
      1. Melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Negeri Selangor dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian ketiga (2006-2020)

     

    1. Mengekalkan prestasi pelaburan sedia ada berjumlah RM57 bilion dan menarik pelaburan melebihi RM8 bilion

     

    • Memastikan projek perindustrian yang diluluskan dilaksanakan oleh syarikat- syarikat yang berkenaan secepat

     

     

     

    1. Menyelaras dan memperkemaskan lagi Pusat Pelaburan Negeri bagi membolehkannya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di negeri

     

    1. Mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing melalui penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung.

     

    1. Mempromosikan kawasan-kawasan peindustrian di Selangor seperti;-
      • Selangor Science Park 2
      • Selangor Halal Hub di Pulau Indah
      • Port Klang Free Zone (PKFZ)
      • Zurah Industrial Park
      • Lain-lain kawasan industri yang sedia ada milik syarikat berkaitan Kerajaan atau pihak

     

    • Menggalakkan pertumbuhan  industri automotive belt di Hulu Selangor

     

    • Menggalakkan pertumbuhan  industri berteraskan teknologi maklumat.

     

    1. Menggalakkan pertumbuhan industri marin di sekitar Pelabuhan

     

    1. Menyediakan prasarana pelaburan dan kawasan industri baru yang kondusif dan strategik di luar Lembah Klang bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan di semua kawasan di Selangor seperti di Kawasan Lembah Klang Ke-2 dan Selangor Science Park 2

     

     

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mengenal pasti beberapa strategi lain bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kapada KDNK negeri serta nadi penggerak ekonomi negara amnya dan negeri Selangor khususnya. Strategi tersebut adalah seperti berikut;-

    1. Menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra

     

    1. Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti;-
      • Business and Professional Services
      • Integrated Logistic Services
      • ICT Related Services
      • Distributive Services
      • Education and Training Services
      • Medical and Health Services
      • Tourism Services
      • Manufacturing Related Services

     

     

     

     

     

    • Menggalakkan penglibatan dalam industri berpotensi seperti;
      • Biotechnology
      • Aviation Industry
      • Solar Industry

     

    1. Menjadikan Negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran

     

    Menerusi perlaksanaan projek-projek pelaburan dalam industri yang  digalakkan  di  Negeri Selangor secara langsung dapat memberi peluang kepada pekerja  tempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam teknologi-teknologi baru melalui proses pemindahan teknologi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional.

  3. Adakah pekerja asing memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor

    1. Secara dasarnya tidak dapat dinafikan bahawa pekerja asing memainkan peranan yang besar dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor serta memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor. Pihak industri ketika ini amat bergantung kepada bekalan tenaga kerja asing bagi menampung keperluan sumber tenaga kerja di sektor perkilangan. Ini kerana, kebanyak rakyat tempatan tidak berminat untuk  bekerja  di  sektor perkilangan di sebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor gaji dan suasana tempat kerja serta beberapa faktor

    Bagi manangani masalah kekurangan sumber tenaga kerja ini, Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad telah menandatangani perjanjian persefahaman  (MOU)  bersama Gabungan LIMA PPTKIS (Indonesia) pada 11hb. Februari 2011 yang lalu di Jakarta di mana di dalam perjanjian persefahaman ini kedua-dua pihak berhasrat  untuk  menjalinkan kerjasama untuk penempatan tenaga kerja daripada Indonesia di sektor perindustrian di Selangor.

    MOU ini sekali gus akan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber tenaga kerja di samping membantu para pelabur memudahkan  urusan pengambilan  pekerja  dari Indonesia.

    MOU ini akan menjadikan SSIC Berhad sebagai fasilitator dan pangkalan data bagi tenaga kerja Indonesia di sektor perindustrian di Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.