Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
62) KELAB GEMS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Kelab Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di setiap daerah Selangor. Setakat ini berapakah jumlah kelab GeMS yang ditubuhkan dan keahliannya?
- Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa tetap Pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah merancang untuk menubuhkan Rakan Generasi Idaman Selangor atau singkatannya Rakan GeMS sebagai kesinambungan dan program pemantapan kepada para peserta yang telah terlibat di dalam Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang
Matlamat penubuhan Rakan GeMS adalah untuk membimbing masyarakat khususnya golongan remaja dan belia mengenai hidup bersosial yang lebih sihat dan berfaedah. Keterlibatan mereka didalam Rakan GeMS akan memberi satu inpirasi kepada golongan remaja dan belia untuk memajukan diri mereka bukan sahaja dari segi akedemik malah dari segi pemantapan akhlak.
Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Rakan GeMS ini akan memberi peluang kepada generasi remaja dan belia untuk menunjukan bakat mereka dalam pelbagai bidang sama ada fizikal ataupun mental. Melalui Rakan GeMS juga ia dapat menjalinkan satu penkongsian ilmu di antara satu sama lain dalam melahirkan Generasi Idaman Selangor yang seimbang dari segi ilmu dan akhlaknya.
-
Apakah bentuk program yang akan dilaksanakan?
- Rakan GeMS merupakan satu paltform yang baik kepada remaja dan belia khususnya di Negeri Selangor dalam mempraktikkan kemahiran dan intelektual mereka untuk merealisasikan impian mereka melalui kaedah dan panduan yang betul. Pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan di dalam Rakan GeMS ini antaranya :
- Gaya pementasan kreatif
Bertujuan untuk menjana pemikiran kreatif di kalangan remaja dan belia.
- Kursus Motivasi
Memberi pendedahan kepada mereka khususnya belia mengenai pembentukan dan pemantapan akhlak mereka dalam melahirkan generasi yang berkualiti.
- Explorasi Alam
Memberi peluang kepada remaja dan belia untuk menghayati dan menghargai segala keindahan alam. Melalui aktiviti seumpama ini ia dapat memantapkan spritual dan emosi mereka dalam menghadapi kehidupan seharian yang semakin mencabar.
- Kursus Kemahiran
Mewujudkan latihan kemahiran bersiri secara bulanan atau mingguan dengan fokus kepada minat remaja dan belia masa kini seperti kursus pembangunan website, membaiki handphone, penciptaan video permainan yang bermoral dan beretika, masakan menu remaja, jahitan dan sebagainya bagi mengisi ruang kosong yang terluang serta dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan pendapatan.
Selain itu, melalui Rakan GeMS juga Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan akan mejalankan pelbagai aktiviti lagi bagi mengukuhkan ilmu dan akhlak Generasi Idaman Selangor (GeMS). Pihak Kerajaan Negeri Selangor mengalukan-alukan kerjasama daripada semua pihak dalam menjaya Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) demi untuk kesejahteraan bersama.