Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

61) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status kerjasama kerajaan negeri terhadap projek penyaluran air tersebut?

    1. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada Kerajaan Persekutuan di dalam menjayakan projek Penyaluran Air Pahang ke
  2. Apakah tindakan segera kerajaan negeri jika kerjasama telah diberikan?

    1. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan cadangan pengambilan balik tanah bagi pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat
  3. Apakah faktor pertimbangan yang menyebabkan kerajaan negeri lambat memberikan kerjasama sebelum ini?

    1. Di dalam memberikan kelulusan ke atas cadangan pengambilan balik tanah bagi Projek Penyaluran Air dari Pahang ke Selangor, Kerajaan Negeri Selangor perlu membuat penelitian sewajarnya ke atas setiap tanah yang terlibat dari segi kesesuaian tapak yang dipohon. Bagi tanah-tanah persendirian, tidak dinafikan Kerajaan Persekutuan akan membayar semua pampasan yang

    Namun demikian, dalam melaksanakan projek tersebut, sebanyak 443 ekar tanah kerajaan seperti tanah simpanan hutan akan  terlibat.  Tanah-tanah  kerajaan  seperti rizab hutan, apabila digunakan di dalam projek tersebut tidak  akan  melibatkan  pampasan dari Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor perlu  membuat penelitian sewajarnya supaya Negeri Selangor tidak kehilangan tanah-tanah kerajaan itu tanpa sebarang balasan dari Kerajaan Persekutuan sebaliknya penggunaan tanah-tanah kerajaan tersebut di nilai secara win-win basis oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan rakyat Negeri Selangor di masa akan datang. Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan masih dalam proses merundingkan balasan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas tanah-tanah kerajaan tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.