Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

56) KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN PADANG AWAM SEBAGAI TEMPAT BERIADAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Majlis Perbandaran Selayang memasang papan tanda melarang orang awam bermain bola sepak di padang taman-taman perumahan atas sebab keselamatan kenderaan dan rumah berhampiran. Tindakan ini menimbulkan kemarahan ramai penduduk setempat kerana padang berkenaan tidak lagi dapat digunakan untuk beriadah. Namun, padang ini turut dicemari longgokan najis anjing liar dan anjing bertuan yang membiarkan anjing-anjing peliharaan mereka membuang najis di atas padang sehingga sukar bagi komuniti setempat hendak mengadakan aktiviti dengan selesa. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan menyalurkan dana kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memagar padang di taman-taman perumahan bagi menjamin kebersihan padang dan sekaligus memberi peluang kepada anak-anak muda beriadah secara sihat bermain bola sepak di padang berkenaan tanpa membahayakan kenderaan atau rumah di sekitar

    Untuk  makluman,  Kerajaan  Negeri  memang  telah  menyediakan  peruntukan  Pembangunan kepada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan bagi menjalankan kerja-kerja yang melibatkan penambahbaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf  kemudahan  awam serta infrastruktur untuk diagihkan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan  Negeri Selangor.

     

    Walau bagaimanapun, sebarang cadangan pembangunan akan diteliti di peringkat Kerajaan Negeri memandangkan peruntukan adalah terhad. Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa. Sekiranya keperluan   di kawasan tertentu adalah mendesak maka Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan akan memohon peruntukan tambahan sekiranya peruntukan sedia ada tidak mencukupi demi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat terjamin dan diberikan perhatian sewajarnya

     

Lampiran

Tiada Lampiran.