Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

55) KUPON AIR PERCUMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri dikatakan telah memberikan kupon air percuma 20m padu pertama untuk penghuni rumah pangsa yang menggunakan meter pukal. Bagaimanakah mekanisme pemberian kupon, dan berapa kos yang telah dikeluarkan sejak ia mula diperkenalkan?

    Mekanisme pemberian air percuma melalui kupon yang telah dibuat penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:

     

    • Sebaik menerima bil air meter pukal dari SYABAS, Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan akan membuat bacaan bil meter air mengikut kegunaan setiap petak (rumah) bagi bulan

     

    • Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan mengeluarkan bil air kepada semua rumah yang diduduki. Potongan rebet air percuma sejumlah RM11.40 dibuat secara automatik bagi setiap unit rumah

     

    • Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan mengemukakan kupon-kupon air yang dituntut pemilik/penyewa beserta bayaran baki bil air meter pukal setelah ditolak jumlah rebet air percuma kepada

     

    • SYABAS membuat tuntutan bayaran rebet air percuma kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

     

    Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM140,334.08  (Ringgit Malaysia: Seratus Empat Puluh Ribu Tiga Ratus  Tiga Puluh Empat Dan  Sen Lapan Sahaja) untuk menjalankan fasa pertama program pemberian air percuma kepada pangsapuri kos rendah melalui kupon bagi tempoh 3 bulan iaitu bulan Oktober sehingga Disember 2010.

     

  2. Penghuni kawasan manakah yang telah diberikan kupon tersebut?

    1. Senarai kawasan pangsapuri kos rendah yang telah dikenal pasti sebagai peserta program pemberian air percuma adalah sejumlah 84 kawasan terdiri daripada 27,726  unit kediaman seperti berikut:

     

    BIL. PIHAK

    BERKUASA TEMPATAN

    SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH

    UNIT KEDIAMAN

    1. MBSA

     

    8 skim

    Seri Melewar Seksyen U1 240
    Mentari Seksyen U5 840
    Desa Subang seksyen U5 64
    Sunway Sinar Seksyen U9 240
    Blok 54, Seksyen 7 Shah Alam 105
    Blok 55 Seksyen 7 Shah Alam 95
    Rimau Indah Seksyen 32 240
    Seri Era Seksyen 36 314
    JUMLAH 2,138
    2. MBPJ

     

    9 skim

    Vista Subang 210
    Blok C & D Petaling Utama 645
    Lestari 1,982
    Desa Mentari 726
    Flora Damansara Blok A & B 1,152
    Pelangi Damansara 1,178
    Flat Desaria Fasa 5B 882
    Damai 320
    Flat Desa Perangsang A &B 300
    JUMLAH 7,395
    3. MPSJ

     

    7 skim

    Sri Tanjung 1,000
    Seri Kayan 550
    Blok Angsana, Bougenvilla, Carnation & Daisy, Taman Seksyen 2 200
    Enggang 1,380
    Seri Begonia 848
    Blok F5-F8 Puchong Permai 390
    Blok F9-F10 Puchong Permai 200
    JUMLAH 4,568
    4. MPAJ

     

    13 skim

    700 Pandan Perdana 700
    Taman Ampang Mewah 518
    Blok A Taman Industri Lembah Jaya 525

     

     

     

    BIL. PIHAK

    BERKUASA TEMPATAN

    SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH

    UNIT KEDIAMAN

        Sri Intan 208
    Al-Ridhuan 301
    610, Jalan Pandan Indah 610
    Seri Impian 300
    Nusa Kurnia 200
    Merpati A 430
    Merpati B 350
    Blok B Taman Permai Jaya 90
    Blok 2 Desa Lembah Permai 330
    Taman Mega Indah 240
    JUMLAH 4,802
    5. MPK

     

    7 skim

    Blok Mawar 277
    Blok Cempaka 336
    Mutiara Fasa 2 Bukit Raja 152
    Seri Perantau Blok B 128
    Seri Perantau Blok C 128
    Seri Perantau Blok E 128
    Seri Perantau Blok F 128
    JUMLAH 1,277
    6. MPKj

     

    18 skim

    Seri Mesra 117
    Fasa 1 & Fasa 1F Bandar Damai Perdana 420
    Taman Segar Perdana Fasa 7A 72
    Sri Murni Taman Pinggiran Sungai Long 120
    Blok A Taman Sri Kenari 300
    Tasik Sungai Chua 168
    Inang, Taman Impian Ehsan 240
    Blok Indah, Taman Taming Indah 95
    Taman Asa Jaya 500
    Blok A, B, C, D, E Seksyen 1, Bandar

    Teknologi Kajang

    700
    Blok L & M, Seksyen 5 Bandar Teknologi Kajang 190
    Taman Kajang Mewah, Sungai Chua 59
    Taman Cheras Awana 430
    Bukit Kundang 310
    Blok A, Taman Desa Wangsa 110
    Blok Mawar, Taman Ria 60
    Blok Melor Taman Ria 63
      29
    JUMLAH 3,983

     

     

     

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH UNT KEDIAMAN
    7. MPS

     

    15 skim

    Kota Warisan, Selayang Bahagia 158
    Batai 240
    Seri Laman 98
    Pinggiran Indah 141
    Laksamana Jaya 170
    Laksamana 229
    Kenanga 236
    Cempaka 217
    Delima, Taman Tun Teja 240
    Kenanga, Taman Tun Teja 260
    Dahlia, Taman Tun Teja 240
    Cempaka, Taman Tun Teja 300
    Blok A, Danau Rebung 96
    Blok B, Danau rebung 80
    Amaniah 1 75
    JUMLAH 2,780
    8. MPSp

    1 skim

    Cengal 125
    JUMLAH 125
    9. MDKL

     

    4 skim

    Taman Dato’ Hormat 48
    Carnation D’Menara 144
    Blok G & H, Taman Langat Murni 160
    Sri Pelangi 36
    JUMLAH 388
    10. MDHS

    2 skim

    Seri Cempaka 180
    Seri Teratai 90
    JUMLAH 270
    11. MDKS TIADA RUMAH KOS RENDAH YANG  MENGGUNAKAN

    METER AIR PUKAL

    12. MDSB
  3. Berapa ramaikan penghuni rumah pangsa yang sebenarnya layak mendapatkan kupon tersebut di seluruh negeri Selangor?

    1. Kerajaan Negeri telah menetapkan semua pemilik atau penyewa yang menghuni unit kediaman pangsapuri kos rendah adalah layak untuk menerima rebet air   Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang membuat pengemaskinian data status migrasi meter air individu serta butiran lengkap mengenai pihak pengurusan bangunan dan jumlah unit kediaman yang diduduki bagi setiap pangsapuri kos rendah di negeri Selangor bertujuan memastikan tiada kawasan pangsapuri kos rendah yang menggunakan akaun meter air pukal tercicir menyertai program pemberian air percuma.

Lampiran

Tiada Lampiran.