Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

49) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri memperuntukkan RM 4 juta bagi menaik taraf produk pelancongan dan memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah sasaran pelancongan Selangor tahun 2011?

    Berdasarkan sasaran 5.6 juta pelancong pada tahun 2010 , Selangor telah menerima kunjungan seramai 5,833,858 orang pelancong iaitu seramai 3,245,659  orang  pelancong domestik dan 2,588,199 orang pelancong antarabangsa.. Oleh  yang  demikian, pada tahun 2011 pihak kerajaan negeri mensasarkan ke arah mencapai seramai 6 juta pelancong ke

  2. Bagaimanakah status program menaik taraf produk pelancongan Selangor?

    1. Bagi tahun 2011, Kerajaan Negeri melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN  dan Tourism Selangor Sdn Bhd ( TSSB ) telah merangka pelan pelancongan yang memfokuskan kepada tiga ( 3 ) daerah dan PBT di negeri Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Beberapa aspek telah diberikan perhatian khususnya kepada penambahbaikan kemudahan dan produk pelancongan sedia ada. Lawatan ke beberapa produk pelancongan di ketiga-tiga daerah tersebut telah dilaksanakan di sepanjang bulan Februari yang lalu dan ketika ini UPEN masih menunggu laporan akhir tentang keperluan dan justifikasi projek daripada ketiga-tiga daerah berkenaan. Dijangkakan ia akan dikemukakan sebelum minggu pertama bulan April akan datang. Seterusnya ia akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Produk Pelancongan Negeri Selangor untuk diberi pertimbangan dan diluluskan untuk pelaksanaan. Bagi PBT dan daerah-daerah lain, lawatan dan pemantauan dari semasa  ke semasa akan dilaksanakan untuk mengenal pasti  keperluan  kepada penyelenggaraan, baik pulih dan menaik taraf produk-produk pelancongan sediaa ada dan yang

     

    Tahun 2011 juga, Kerajaan Negeri melalui UPEN akan memfokuskan kepada penambahbaikan dan pemasangan papan tanda produk-produk pelancongan di seluruh negeri Selangor. Ini sebagai langkah dalam memberikan imej yang positif kepada para pelancong dari dalam dan luar negara dan selaras dengan kempen Selangor Shines  yang sedang berjalan ketika ini. Reka bentuk papan tanda ini akan diseragamkan di seluruh negeri Selangor terutamanya di sempadan-sempadan daerah dan negeri. Projek

    / program ini dijangka akan bermula pada bulan Jun yang akan datang.

     

  3. Apakah 12 produk pelancongan berdasarkan 12 PBT di Selangor dan bagaimana ia dipromosikan?

    Sehingga kini tidak terdapat suatu pengkhususan produk pelancongan bagi setiap PBT. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan TSSB mulai tahun 2010 merancang mengenal pasti sekurang-kurangnya Sembilan ( 9 ) produk  baru  pelancongan setiap tahun. Sepanjang tahun 2010 produk-produk yang dikenal pasti ialah:-

     

    1. Broga Hill –           Hulu Langat ( MPKJ )
    2. Genting Strawberry Leisure Farm –           Hulu Selangor ( MDHS )
    3. Rabbit Fun Lan –           Kuala Langat ( MDKL )
    4. GM Klang –           Klang ( MPK )
    5. Jaya33 Hyperoffice –           Petaling ( MBPJ )
    6. Sepang Gold Coast –           Sepang ( MPSp )
    7. Istana Bamboo Restaurant –           Hulu Langat ( MPAJ )
    8. Chilling –           Hulu Selangor ( MDHS )
    9. CNI Factory –           Petaling ( MBSA )

     

    Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha mengenal pasti produk- produk baru yang berpotensi untuk dipromosi dan diketengahkan. Lawatan pemantauan produk melalui kerjasama UPEN, TSSB, Tourism Malaysia dan Pihak Berkuasa  Tempatan telah mula dilaksanakan pada awal bulan Mac yang lalu di beberapa daerah dan PBT seperti Kuala Langat, Sabak Bernam, Sepang dan Hulu Selangor.

     

    Promosi-promosi dalam dan luar negara sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dalam setiap promosi yang dijalankan, semua produk-produk pelancongan di negeri Selangor akan turut dipromosikan melalui brosur, risalah, CD, majalah dan sebagainya. Kini, melalui TSSB, brosur dan risalah bagi setiap daerah / PBT telah diterbitkan yang akan memberikan maklumat yang lebih jelas tentang pelancongan di  setiap daerah  /  PBT yang berkenaan.  Ini akan membantu mempromosikan produk-produk pelancongan di samping memperkenalkan daerah / PBT berkenaan. Selain itu, program seperti FAM Tour dan Selangor Shines turut memberi peluang kepada produk-produk pelancongan di setiap daerah / PBT untuk ditonjol dan diperkenalkan. Ia melibatkan penyertaan media cetak, elektronik, pengamal media, syarikat-syarikat dan agensi swasta yang memberi liputan di sepanjang program berlangsung.

     

    Selain itu, pelaksanaan acara-acara pelancongan juga akan memberi kesempatan bagi setiap PBT dan daerah memperkenalkan produk masing-masing. Lokasi penganjuran acara-acara pelancongan kebiasaannya akan dipilih berdasarkan potensi dan  kepentingan lokasi berkenaan kepada aspek tarikan  pelancong.  Contohnya  seperti Pesta Sayap di Taman Alam, Kuala Selangor, Larian Bendang di Homestay Sungai Haji Dorani, Pesta Air Selangor di Pantai Bagan Lalang, MASUM di Shah Alam Convention Center, My Selangor Story Bloggers Competition di beberapa produk  pelancongan  terpilih di seluruh Selangor, Tubing di Sungai Selangor dan beberapa acara yang lain.    Ini secara tidak langsung memberi kesempatan kepada setiap PBT dan daerah menonjolkan keunikan dan kelebihan produk pelancongan masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.