Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah melancarkan kempen massa dan demonstrasi agar industri air di Selangor diambil alih kerajaan negeri. Apakah impak positif terhadap rakyat hasil daripada kempen tersebut?
- Kempen tersebut boleh dikatakan mempunyai impak yang sangat positif kepada projek penstrukturan semula industri air di negeri Selangor. Selepas kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Negeri Selangor dijalankan pada bulan Disember 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan supaya Kerajaan Negeri Selangor diberi mandat untuk memberi tawaran semula kepada keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor. Selain daripada itu, kefahaman dan kesedaran rakyat negeri Selangor mengenai isu penstrukturan air negeri Selangor telah berkembang hasil daripada kempen. Ini dapat dicapai melalui siri ceramah yang dilaksanakan di merata kawasan di negeri Selangor. Selain daripada itu, kempen tandatangan juga dilaksanakan di mana lebih daripada 500,000 diperolehi untuk menyokong pendirian Kerajaan Negeri Selangor. Laman web airuntukrakyat.net juga dilaksanakan supaya orang awam dapat mendapat maklumat secara lebih teliti.
-
Apakah perkembangan mutakhir cubaan kerajaan negeri mengambil alih industri air tersebut daripada pihak swasta?
- Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tawaran baru kepada syarikat-syarikat konsesi air tersebut pada 6 Januari 2011, dan tawaran tersebut ditolak oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), dan diterima dengan syarat oleh ABASS Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri tidak diterima jawapan daripada pihak Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) sama ada diterima atau ditolak, sebab yang diberi adalah kerana tawaran ialah inter-conditional, maknanya setelah dimaklumkan bahawa SPLASH menolak tawaran, tawaran tidak lagi
Setelah tawaran terakhir tersebut telah tamat tempohnya, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dalam media bahawa cadangan baru akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini, tiada apa-apa cadangan baru yang telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor masih menunggu notis daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai kewangan yang cukup untuk mengambil alih industri air negeri?
Sekiranya kerajaan negeri berjaya mendapatkan persetujuan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat konsesi air agar Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih industri air negeri, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kewangan yang mencukupi untuk mengambil alih industri air negeri, salah satu daripada bekalannya adalah melalui nilai aset air milikan negeri Selangor iaitu sebanyak RM10.1 bilion, mengikut anggaran preliminari negeri