Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

35) SEWAAN TAPAK PASAR MALAM. PASAR PAGI DAN PASAR TANI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Para penjaja sering membuat aduan berkenaan kenaikan kadar sewa tapak di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Tani. Adakah semua PBT di Negeri Selangor menyelaraskan kadar sewa ?

    1. Sebelum ini kadar sewaan tapak pasar malam, pagi dan pasar tani adalah berbeza-besa mengikut PBT. Bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk menyeragamkan sewaan tapak di seluruh Selangor sebanyak RM 4.00 satu tapak. Oleh yang demikian, wujud penurunan sewaan tapak di setengah kawasan.  Kerajaan  Negeri telah  pun melaksanakan kajian dan didapati RM 4.00 adalah kadar yang paling minimum yang boleh dikenakan kerana ia merangkumi pembersihan, pelupusan sampah, penyelenggaraan tapak-tapak serta kos pengurusan seperti bayaran kerja lebih masa anggota pengawas tapak, anggota penguatkuasa dan  kakitangan jabatan yang terlibat dengan urusan pasar. PBT Selangor sedang menyelaraskan kadar secara berperingkat agar ia tidak membebankan para penjaja.
  2. Adakah kadar sewa itu membebankan para penjaja ?

    1. Kadar RM 4.00 adalah tidak membebankan. Kadar tersebut pada  hakikatnya tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan tapak terutamanya dari aspek kos pembersihan. PBT hanya mengenakan car yang paling minimum bagi membantu para
  3. Jika tidak, kenapa para penjaja sering membuat aduan dalam media bercetak ?

    1. Sekiranya para penjaja dapat menyatakan dengan jelas bahawa hasil  keuntungan mereka adalah amat kecil sehingga tidak mampu untuk membayar sewa tapak sebanyak RM 4.00, maka pihak PBT bersedia untuk mempertimbangkan

Lampiran

Tiada Lampiran.