Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

32) PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi Pengerusi JKKK Kampung tradisi , Kampung Baru dan Bagan serta Kampung tersusun ?

    1. Pencapaian prestasi Ketua-Ketua Kampung Tradisi telah dinilai mengikut proses penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri Selangor yang telah dirancang dan ditetapkan berdasarkan kriteria-kriteria dan prosedur penilaian. Berdasarkan penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri Selangor yang dinilai, hampir semua Ketua Kampung Negeri Selangor melaksanakan tugas dengan cemerlang dan baik. Mereka juga memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi dalam tugas harian ataupun tugas semasa ke semasa selain mempunyai rekod peribadi yang baik dan bersih. Secara purata, prestasi Ketua-Ketua Kampung berada pada tahap 85%. Dengan prestasi yang ditunjukkan, Kerajaan Negeri berkeyakinan Ketua-Ketua Kampung yang dilantik ini mampu untuk membawa agenda perubahan yang dirangka oleh Kerajaan

    Sementara itu, bagi Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan /  Tersusun, penilaian prestasi telah dijalankan pada Jun 2010 dan majoriti Pengerusi JKKK berada di tahap yang memuaskan. Hasil daripada keputusan penilaian tersebut, Kerajaan Negeri telah menyenaraikan calon-calon Pengerusi JKKK  yang  baru dan dibentangkan di MMKN ke 3/2011 yang diadakan pada 19 Januari 2011. MMKN telah menimbang dan meluluskan pengekalan dan  penggantian  Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor                                                        bagi tahun 2011/2012, yang mana seramai 9 orang Pengerusi JKKK yang baru akan dilantik dan 68 orang Pengerusi JKKK yang lama                                                                  dikekalkan.

     

  2. Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan peranan dan mutu perkhidmatan mereka terhadap masyarakat setempat

    Di antara bentuk-bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan peranan dan mutu perkhidmatan mereka terhadap  masyarakat setempat adalah seperti berikut :-

     

    1. Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5,000.00 bagi setiap kampung dalam perlaksanaan aktiviti atau program di kampung masing –

     

    1. Kenaikan elaun Ketua-Ketua Kampung Tradisi dan Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun dari RM450.00 sebulan ke RM800.00 sebulan iaitu mulai dari bulan Januari 2011. Dengan kenaikan elaun ini, beban perbelanjaan bulanan yang melibatkan komitmen dari Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dapat

     

    • Menyediakan khairat kematian bagi setiap Ketua-Ketua

     

    1. Mengadakan seminar motivasi dan kursus-kursus yang dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan serta dapat diaplikasikan dalam tugasan

     

    1. Menganjurkan Pertandingan Anugerah Ketua Kampung Tradisi Terbaik 2011 dan Pertandingan Rumah Tradisional Tercantik 2011. Melalui pertandingan-pertandingan ini, secara tidak langsung dapat melahirkan Ketua-Ketua Kampung Tradisi yang terbaik dalam semua aspek serta dapat mengekalkan rumah tradisional tercantik pada masa
  3. Apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan secara holistik untuk meningkatkan kebajikan Pengerusi JKKK termasuk menaikkan elaun yang sedia ada dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang dapat menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang ?

    Pihak Kerajaan sememangnya telah merancang secara holistik dalam meningkatkan kebajikan Ketua-Ketua Kampung Tradisi dan Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun antaranya:-

    • Kenaikan elaun yang sedia ada iaitu dari RM450.00 sebulan kepada RM800.00
    • Ganjaran kepada Ketua kampung Tradisi yang menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang akan dianugerahkan melalui Pertandingan Anugerah Ketua Kampung Tradisi Terbaik

     

    • Kerajaan Negeri tidak memberikan ganjaran secara khusus kepada Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun yang menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang akan tetapi Kerajaan Negeri menyediakan ganjaran secara keseluruhan kepada setia kampung cina seperti peruntukan wang tunai sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2011 sebanyak RM3,000.00 bagi setiap kampung dan  peruntukan  perbelanjaan pentadbiran RM1,000.00 pada tahun

     

Lampiran

Tiada Lampiran.