Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
30) BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA SJKC/SJKT/SAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa buah sekolah yang telah memohon dan mendapat kelulusan bantuan ini dari 2009 hingga 2010?
Visi Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan. Di dalam mencapai matlamat tersebut, beberapa perkara telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :
- Keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah- sekolah
- Kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru- guru sekolah
- Kualiti para pelajar terutama sekali dari aspek akademik dan
- Kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif
Oleh itu program agihan bantuan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memantapkan elemen-elemen di atas, agar visi pendidikan Kerajaan Negeri Selangor tercapai.
Jadual 1 : Menunjukkan Jumlah Permohonan dan Jumlah Permohonan diluluskan pada tahun 2009 dan 2010 mengikut jenis sekolah.
Jenis Sekolah
Jumlah peruntukan
yang diluluskan
2009 2010 Jumlah Permohonan
Jumlah Permohonan
Diluluskan
Jumlah Permohonan
Jumlah Permohonan
Diluluskan
Sekolah Agama Rakyat (SAR)
RM6 Juta
169
146
280
252
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM 6 Juta
77
77
100
100
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
RM 4 Juta
97
97
97
97
Jumlah Keseluruhan RM 16 Juta
343
320
477
449
-
Adakah kerajaan mempunyai bantuan-bantuan lain selain daripada bantuan tersebut?
Selain dari bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah yang diperuntukkan sebanyak RM 16 Juta, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin turut memberi bantuan berikut:
- Bantuan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan
- Bantuan subsidi tambang bas kepada anak-anak pekerja
- Bantuan pemberian buku
- Bantuan pemberian beg