Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

28) KEMPEN KONSERVASI AIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan Kempen Konservasi atau Penyimpanan Air. Bagaimanakah mekanisme konservasi atau penyimpanan air ini dilakukan?

    1. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan tujuh belas tasik, kolam dan bekas lombong untuk dijadikan sumber air alternatif ataupun sumber air tambahan. Tujuan pewartaan ini adalah untuk menyediakan sumber air  tambahan daripada kolam, tasik, bekas lombong dan air bawah tanah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air sekiranya berlaku kemarau  atau  krisis air di Negeri Selangor. Pensampelan tahap kualitinya telah dilakukan  supaya boleh digunakan pada waktu

     

    Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) juga telah digalakkan penggunaannya. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui Damansara Jaya  Residents  and Owners Association (DJROA) adalah di antara pihak yang telah memulakan sistem SPAH ini, yang dilancarkan pada 6 November 2011. DJROA telah memulakan aktiviti perkebunan (Taman Herba) di Pusat Komuniti dan menggunakan sistem SPAH. Penggunaan sistem ini memberi kesedaran tentang kepentingan penjimatan air kepada orang awam. Sistem SPAH ini juga telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya,  dimana kegunaan utama sistem ini adalah untuk menghasilkan “eco enzim”, menyiram tanaman dan pokok-pokok hiasan di sekolah, membekalkan air kepada dua (2) kolam ikan hiasan dan digunakan untuk pembersihan secara berkala.

     

    Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sendiri akan mempergiatkan promosi penggunaan sistem SPAH pada tahun ini bersama dengan beberapa pihak.  Selain daripada itu, secara amnya, mekanisme konservasi atau penyimpanan air oleh LUAS adalah menjurus kepada kesedaran penjimatan air dan juga pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

     

  2. Apakah perkembangan dan tahap keberkesanan kempen tersebut?

    Buat masa ini, projek dan program yang dijalankan adalah masih di tahap penilaian dan akan dikembangkan lagi berserta penambahbaikan. Namun, program-program lain yang selari dengan pelaksanaan konservasi air ini adalah seperti berikut:-

     

    1. Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 akan diadakan pada 2hb April 2011 dengan tema “Water for Cities: Responding to  the  Urban Challenge”. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran  orang ramai dalam keperluan penggunaan air dan kempen penjimatan air juga dilancarkan.

     

    1. Melalui Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak, orang ramai digalakkan untuk mengumpul sisa minyak masak hasil daripada kegunaan dapur di satu pusat pengumpulan dan menjual sisa yang terkumpul ini. Program ini mendidik untuk memulihara sumber air dan menghargai air yang digunakan daripada membuang sisa minyak masak ke dalam sinki yang seterusnya akan mengalir ke sungai dan mendatangkan

     

    1. Melalui Program Qua-Qua LUAS, peserta didedahkan dengan faktor- faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai, seterusnya diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengukur kualiti air sungai secara kimia dan biologi serta diterapkan juga penggunaan dan penjimatan air. Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan institusi  pengajian tinggi, komuniti dan pengilang.
  3. Adakah kempen ini dapat memupuk budaya penjimatan air?

    1. Melalui kempen dan program ini, ianya bukan sahaja memupuk budaya penjimatan air, malah, pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air dapat mewujudkan rasa tanggungjawab untuk memastikan sumber air sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti, seterusnya rasa menghargai keperluan air dan penggunaannya yang baik dan efisien. Penambahbaikan dan semakan terhadap kempen dan program sentiasa dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lebih

Lampiran

Tiada Lampiran.