Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
- Untuk makluman Y.B, pada masa kini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk menghapuskan 30 peratus kuota jualan malah masih mengekalkan dan memastikan bahawa kadar peruntukkan kuota Bumiputera sekurang- kurangnya berada pada kadar minimum 30 peratus bagi setiap pembangunan hartanah yang dijalankan. Ianya bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa untuk diduduki selaras dengan visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Kerajaan negeri juga masih mengekalkan diskaun kepada pembeli Bumiputera terhadap hartanah- hartanah yang dibeli. Diskaun yang diberikan kepada pembeli Bumiputera adalah sebanyak 7 peratus bagi hartanah jenis rumah dan 10 peratus bagi hartanah jenis komersial dan industri. Diskaun ini diberikan bertujuan menggalakkan lagi pembeli- pembeli Bumiputera untuk membeli seterusnya memiliki hartanah- hartanah yang berpotensi dan secara tidak langsung dapat menambah serta meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera khususnya di dalam industri
Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan pemansuhan kuota 30 peratus dan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah Bumiputera adalah tidak benar.
-
Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?
Bagi pembangunan yang dijalankan oleh anak- anak syarikat kerajaan negeri, mereka juga tidak terlepas daripada syarat- syarat yang dikenakan terhadap pemaju- pemaju swasta malahan mereka dikenakan syarat jualan minimum Bumiputera sebanyak 70 peratus. Begitu juga dengan diskaun Bumiputera yang diberikan adalah seperti yang ditetapkan oleh dasar kerajaan negeri iaitu 7 peratus bagi hartanah jenis rumah dan 10 peratus bagi hartanah jenis komersial dan industri. Anak- anak syarikat kerajaan negeri juga dikehendaki membuat pengiklanan di akhbar- akhbar utama tempatan seberapa kerap bagi menggalakkan pembeli- pembeli Bumiputera membeli hartanah yang diminati. Bukan itu saja, anak- anak syarikat kerajaan negeri bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri terutamanya meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri
Sehingga kini, prestasi jualan hartanah khususnya rumah milik anak- anak syarikat kerajaan negeri adalah amat menggalakkan dan berjaya menjual kesemua unit- unit rumah kuota Bumiputera sebanyak 70 peratus yang dikenakan kepada mereka.
-
Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?
- Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menghapuskan kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputera. Oleh itu, jawapan bagi soalan ini tidak relevan