Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

22) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri ada merancang satu Òmaster planÓ untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam ?

    1. Buat masa ini kerajaan negeri belum bercadang untuk merancang satu master pelan bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam. Walau bagaimanapun, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor telah menyediakan  Kajian Inventori Maklumat Guna Tanah Rumah Ibadat Selain Islam di Negeri Selangor.  Di dalam kajian ini JPBD Negeri Selangor membuat semakan dan penyelarasan terhadap data inventori rumah ibadat selain Islam dengan semua Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, merujuk kepada Manual Garis  Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (edisi kedua) yang telah disahkan pemakaiannya di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MMKN)  ke 40/2010 pada 3 November 2010, di mana satu tapak rumah ibadat perlu disediakan bagi setiap 5,000 orang penduduk di sesebuah

     

    Selain itu, dari semasa ke semasa kerajaan negeri sentiasa memantau dan menyelesaikan isu-isu berkaitan keperluan pembinaan rumah ibadat selain Islam di sesuatu tempat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang diadakan sebanyak 2 bulan sekali. Kerajaan Negeri juga  telah  mengeluarkan satu Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam yang menyatakan  bahawa setiap permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan ke Pihak Berkuasa Tempatan pemaju diwajibkan untuk menyediakan tapak bangunan keagamaan bukan Islam bagi pembangunan melebihi 100 ekar.

     

  2. Berapakah pecahan tanah yang diluluskan untuk aktiviti agama Buddha, Hindu, Kristian di seluruh Selangor?

    1. Berikut adalah pecahan tanah yang disokong untuk kelulusan kepada rumah- rumah ibadat selain Islam bermula dari tahun 2008 hingga kini oleh  Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam untuk kelulusan Kerajaan

     

     

    BIL JENIS RUMAH IBADAT YANG DISOKONG JUMLAH PERMOHONAN DISOKONG KELUASAN

    (hektar)

    1. Tokong 33 6.7165 hek
    2. Kuil 41 9.2961 hek
    3. Gereja 12 4.7687 hek
    4. Gurdwara 4 0.7495 hek
     

    JUMLAH

     

    90

     

    21.5308 hektar

  3. Apakah status terkini pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam ?

    1. Pindaan pelan susun atur yang melibatkan tapak kuil di Seksyen 23 telah diluluskan oleh Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) pada 22hb Jun 2010. Permit bangunan sementara kuil di Seksyen 23 juga telah diluluskan oleh MBSA pada 20 Oktober

     

    Satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh YB  Puan  Rodziah  Ismail pada 15hb Mac 2011 telah memutuskan satu perjanjian di antara pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jawatankuasa Kuil  dan  kerajaan negeri disediakan sebelum kerja-kerja pembinaan jalan masuk tersebut dimulakan sebagaimana persetujuan asal bahawa pembinaan jalan masuk ke tapak cadangan disediakan oleh pihak PKNS.

     

    Kerja-kerja pembinaan bangunan kuil akan dimulakan selepas persetujuan bersama dicapai antara pihak kerajaan negeri ADUN/Parlimen, PNKS dan Jawatankuasa Kuil berhubung kos pembinaan keseluruhan dan bayaran semula kos kepada pihak PKNS selepas bangunan kuil disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.