Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

19) SATU KAMPUNG SATU PRODUK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada menyatakan program Satu Kampung Satu Produk sebagai usaha membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar. Bagaimanakah perkembangan program tersebut?

    1. Program ini masih lagi diterus dan dikembangkan oleh mentor-mentor yang berkemampuan dan layak. Antara mentor yang sedang dinilai adalah di dalam bidang ternakan puyuh dan arnab.
  2. Nyatakan produk-produk dan kampung-kampung yang telah dikenal pasti dan terlibat dalam program ini

    Kampung- kampung yang terlibat adalah seperti berikut:

    • Kampung Seri Aman / Kampung Tengah (Petaling) – Cendawan
    • Kampung Kalong Tengah, Ulu Yam (Hulu Selangor) – Cendawan
    • Kampung Batu 18 (Hulu Langat) – Cendawan
    • Kampung Sementa (Klang) – Ayam Kampung
    • Kampung Melayu Batu 16, Rawang (Gombak) – Ikan Keli
  3. Berapakah nilai pendapatan yang dapat dijana untuk mereka yang terlibat?

    Program ini adalah program untuk menambah pendapatan. Nilai pendapatan yang berjaya dijana antara RM500 hingga RM1500

Lampiran

Tiada Lampiran.