Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

15) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga 31 Jan 2011 sejauh mana pencapaian dari segi peratusan perkembangan projek pembersihan Sg Klang yang menjadi salah satu teras pakej rangsangan ekonomi negeri?

    Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :

     

    • Menggazet tanah sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Selangor.
    • Pihak PTD dan JPBD telah menyiapkan inventori kegunaan dan pemilikan tanah di atas sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Kelang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling
    • Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana  13  syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :
    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad Consortium
    • GJA Engineering & Construction Sdn.
  2. Adakah perkembangan projek tersebut mengikut jadual yang digariskan oleh kerajaan negeri?

    1. Bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan mendapatkan synergy yang lebih baik, Kerajaan Negeri sekarang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi Projek Pembersihan dan Pemuliharaan Sungai di bawah Projek “River of Life” iaitu sebahagian daripada Projek “Greater KL/KV “ yang menjadi salah satu teras Transformasi Ekonomi Nasional,

     

    1. Di bawah Task force Pembersihan Sungai bagi Projek River of Life  yang  dipimpin oleh JPS, bagi tahun 2011 sebagai permulaan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada Selangor di mana MPAJ telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Peruntukan tersebut adalah bagi penyediaan Sistem Rawatan Air di Salur Keluar Sistem Perparitan Utama ke Sungai Klang di Taman Melawati, Hulu Klang, Daerah Gombak Selangor yang akan disiapkan dalam tahun 2011.

     

    1. Masih terdapat banyak perkara yang memerlukan penjelasan berhubung projek River of Life sepertimana terkandung dalam surat yang telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri, pada 15 Mac 2011, termasuk :

     

    • Pemilihan MRCB-Ekovest dan adakah tender terbuka diguna pakai dalam pemilihan syarikat itu sebagai Projek Development Partner (PDP).

     

    • Pelan kewangan dan persetujuan antara kerajaan Persekutuan dan MRCB- Ekovest berhubung projek itu secara keseluruhan dan jumlah yang akan dibayar kepada syarikat itu bagi menyiapkan projek

     

    • Mengapa Kerajaan Selangor disisihkan daripada projek pembersihan dan pembangunan Sungai

     

    • Mengapa LUAS tidak diberi tanggungjawab terhadap projek pembersihan sungai di kawasan

     

    • Meminta peruntukkan RM2 juta turut diberikan kepada PBT lain di sepanjang laluan sungai iaitu MBSA, MBPJ, MPSJ dan

     

    • Kerajaan Selangor juga mencadangkan Kerajaan Pusat untuk mengadakan perbincangan dengan tiga syarikat berkenaan bagi melihat teknologi yang dicadangkan oleh syarikat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.