Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

11) PROGRAM MIKROKREDIT BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan pinjaman yang telah diluluskan sehingga sekarang dan beri pecahan permohonan yang diterima mengikut etnik dan daerah?

    Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) adalah suatu program inovasi unik dan baru berlandaskan konsep “WORKFARE” yang diharap dapat menggantikan amalan kebiasaan program “WELFARE”. Ia mungkin satu-satunya program yang wujud  di negara ini bercirikan pinjaman mudah kebajikan yang menginovasikan  pendekatan  mesra terharap rakyat miskin bandar yang tertekan dengan pelbagai masalah kehidupan bandar yang berbeza. Program ini juga  diharap  berjaya  menambahkan  pendapatan seisi keluarga melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Selangor, iaitu sebanyak RM1,500.00 sebulan. Program ini baru dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Selangor pada 3hb Mac 2010 di Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan

    Jumlah peserta yang telah diluluskan adalah seramai 102 peserta daripada 474 borang permohonan yang telah diterima pada bulan Februari 2011, berjumlah RM298,500.00. Pecahan daerah dan etnik adalah seperti berikut :-

     

    KAWASAN PBT MELAYU INDIA CINA JUMLAH
    Shah Alam 15 2   17
    Klang 12 1 3 16
    Subang Jaya 8 1 9
    Selayang 5 2   7
    Gombak 20 1   21
    Sepang 6 2   8
    Ampang 16 1 1 18
    Petaling Jaya 6     6
    Jumlah 88 9 5 102

     

    Beberapa taklimat dan latihan awal telah diberikan kepada Pusat Khidmat DUN (PKD)  dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu mereka menyebarkan borang dan maklumat terkini MiMBAR kepada orang ramai di kawasan masing-masing. Walau bagaimana pun tidak semua PKD/PBT tersebut dapat mengambil bahagian  secara aktif  di peringkat awal ini.

  2. Nyatakan kos pentadbiran yang terlibat dalam program ini

    Kos pengurusan pada keseluruhannya adalah mengikut keperluan  dan  tuntutan keadaan semasa mengikut perancangan awal pelan perbelanjaan. Setakat ini kos  operasi semasa termasuklah:-

     

    1. Kos Peralatan –           RM26,156.00
    2. Kos Warga Kerja (Gaji) –           RM84,087.00
    3. Kos Promosi, Pencetakan dan Majlis Rasmi –           RM41,914.00
  3. Berapa banyak peratusan pembayaran balik?

    Kelulusan pembiayaan pinjaman fasa pertama adalah pada 3hb Mac 2011 yang lalu semasa Majlis Pelancaran MiMBAR oleh YAB Menteri Besar. Pengagihan pembiayaan pinjaman pula baru sahaja dilaksanakan pada 16hb Mac 2011 selepas peserta berjaya menghadiri latihan asas kecemerlangan

     

    Pembayaran semula pinjaman adalah selepas 30 hari dari tarikh pembiayaan diberi iaitu 16 April 2011. Oleh itu tiada lagi pembayaran semula pinjaman dibuat oleh para peserta setakat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.