Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

10) BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PULANG KE MESIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Akibat dari Revolusi Rakyat di Mesir, ramai pelajar Malaysia di sana di bawa pulang untuk keselamatan ke tanah air.Berapa ramaikah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ke tanah air?

    1. Jumlah pelajar Selangor yang telah dihantar semula ke tanah air adalah seramai 1,280 orang.
  2. Adakah Kerajaan Negeri akan membiayai kos pemergian mereka kembali ke Mesir?

    Kerajaan Negeri telah membiayai kos para pelajar untuk kembali ke Mesir melalui OPS Ehsan dan telah dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula pada 14 hb Mac 2011 sehingga 18 hb Mac 2011.

  3. Berapakah jumlah perseorangan dan keseluruhan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri?

    Jumlah Pelajar yang telah dihantar kembali melalui Ops Ehsan adalah seramai 1154 orang pelajar, kos bagi setiap pelajar yang dihantar pulang adalah sekitar RM 2,150 sehingga RM 2,220.00 termasuk kos ” ground arrangement” apabila tiba di Mesir.

Lampiran

Tiada Lampiran.