Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

9) PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah rakyat Negeri Selangor akan menikmati kemudahan-kemudahan di Pusat Kebudayaan Cina dan India didalam Negeri Selangor ini ?

    1. Ketika ini, Pusat Kebudayaan Cina masih di peringkat penyelesaian status tapak. Sebelum ini, jawatankuasa telah memohon agar reka bentuk, komponen projek dan cadangan tapak dikemukakan untuk dibawa dan dibincangkan di  peringkat Jawatankuasa mengikut cadangan asal. Tapak bagi cadangan pembangunan telah dikenalpasti dan hanya menunggu reka bentuk dan pelan pembangunan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri sahaja. Peringkat dan upacara pecah tanah dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2011 ini manakala pembangunan dan pelaksanaan projek berkenaan dijangka bermula pada tahun 2012.  Bagi  Pusat  Kebudayaan  India,  sehingga kini masih belum terdapat sebarang butiran terperinci tentang projek pembinaannya. Ia hanya di peringkat cadangan dasar

     

    Projek pembinaan hanya tertumpu kepada Pusat Kebudayaan Cina sahaja yang akan turut menjadi projek perintis sebelum pusat kebudayaan kaum lain dibina. Ini bagi membolehkan penilaian dan pemerhatian dibuat terhadap penerimaan masyarakat, kemajuan pelaksanaan dan operasi pusat kebudayaan berkenaan dari setiap sudut. Ini seterusnya membolehkan sebarang penambahbaikan dibuat terhadap pembangunan pusat kebudayaan kaum lain kelak.

  2. Mengapakah Pusat Kebudayaan Cina dan India masih belum diadakan dan direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Selangor walaupun mendapat sokongan daripada rakyat jelata amnya kaum Cina dan juga India?

    Kerajaan Negeri Selangor menyedari tentang keperluan  dan  sokongan  masyarakat  terhadap cadangan mewujudkan Pusat Kebudayaan Pelbagai Kaum ini. Namun, dari sudut yang lain, Pembinaan pusat kebudayaan ini memerlukan penelitian dan penyelesaian daripada pelbagai aspek. Projek ini dinilai bukan sahaja dari sudut kebudayaan kaum semata-mata. Ia juga dilihat dari sudut impak dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi setempat khususnya dalam bidang pelancongan, kesenian dan pengembangan ilmu. Projek pembangunan Pusat Kebudayaan Cina dijangka akan bermula dengan upacara pecah tanah pada tahun 2011 ini dan pembangunan fizikal di tapak akan bermula pada tahun 2012 kelak.

     

  3. Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor apabila Pusat Kebudayaan Cina & India itu dibina kelak?

    Pembinaan Pusat Kebudayaan Cina, India dan Melayu kelak dijangka akan memberi pelbagai kemudahan dan faedah dari aspek:-

    • Pengembangan kesenian dan kebudayaan sesuatu
    • Sumber dan lokasi rujukan utama berhubung nilai-nilai budaya masyarakat, asal usul, kesenian, kraftangan dan
    • Menggalakkan pengembangan pendidikan dan pembelajaran di kalangan generasi muda tentang nilai dan budaya
    • Sebagai pusat dan lokasi rekreasi keluarga yang bukan sekadar untuk  beristirehat malah dapat menimba ilmu dan pengembangan minda yang sangat berguna.
    • Tarikan utama kepada pelancong tempatan dan asing. Ini akan membantu memberikan lebih pilihan kepada pengunjung terhadap produk-produk pelancongan di negeri Selangor. Malah secara tidak langsung menggalakkan pelancongan mengunjungi Selangor dan memperkenalkan Selangor sebagai hub-seni budaya terbaik. Malah ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada sektor perhotelan dan peruncitan di negeri
    • Membantu pembangunan ekonomi setempat melalui penglibatan pengusaha restoran, peniaga cenderahati dan kraftangan serta perniagaan-perniagaan berteraskan kesenian, kebudayaan dan
    • Membantu mewujudkan rantaian kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat melalui penganjuran acara-acara kesenian dan
    • Ia juga merupakan pemangkin kepada pembangunan Sungai Klang yang akan menjadi daya tarikan terbaru pelancongan dan rekreasi di negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.