Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

8) MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam mengatasi masalah inflasi dan kenaikan harga barang khususnya bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat mendapatkan barangan ini pada kadar harga yang lebih murah?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu untuk mengurangkan beban rakyat. Antara langkah-langkah yang diambil adalah :-

     

    1. meminta pihak pengeluar meningkatkan kapasiti pengeluaran barang kawalan;

     

    1. mewujudkan Jawatankuasa Harga dan Bekalan bagi menghasilkan kerjasama dengan semua agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan bekalan berterusan pada harga yang berpatutan;

     

    • menangani isu ketirisan dan penguatkuasaan dengan cara mewujudkan Special Task Force bersama agensi-agensi berkaitan;

     

    1. menjalankan Kempen Kuasa Pengguna yang mendidik  pengguna  mempraktikkan kuasa mereka dalam membuat pilihan  barangan  yang  ditawarkan pada harga yang berpatutan dan member nilai untuk wang (value for money);

     

    1. menjalankan kempen penurunan harga dengan kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasaraya besar;

     

    1. mengadakan perbincangan secara berkala dengan industri makanan dan minuman supaya tidak menaikkan harga produk akhir sekiranya harga barang kawalan terutamanya gula dinaikkan; dan

     

    • memperketat Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dan Akta Kawalan Bekalan

     

    Langkah-langkah di atas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat serius dalam membendung isu kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat, khususnya  rakyat Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.