Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

6) PUSAT RAMALAN NOMBOR SPORTSTOTO DIPERINTAH PINDAH OLEH MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebuah pusat ramalan nombor SportsToto yang terletak di antara Taman KOSAS dan Bukit Indah diperintah pindah ke kawasan lain oleh pihak MPAJ. Adakah hukuman yang dikenakan ke atas pemilik pusat ramalan nombor itu munasabah dan tidak membebankan ?

    Tindakan yang diambil adalah selaras dengan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 iaitu :

    • UUK 10 – Kuasa pembatalan lesen: Pihak Berkuasa Melesen boleh membatalkan suatu lesen yang diberikan jika berpuas hati bahawa pemegang lesen itu melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini atau gagal mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke

     

    • UUK 43 – Kuasa menutup premis: Pihak Berkuasa Melesen boleh, dengan serta- merta mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk menutup mana premis berlesen jika dia berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil ini atau mana-mana syarat atau sekatan lesen

     

  2. Adakah semua PBT melaksanakan tindakan yang sama dan bukannya secara pilih kasih ?

    Tindakan secara adil oleh semua PBT

    • Pihak MPAJ melaksanakan tindakan selaras dengan peruntukan yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ)
    • PBT-PBT lain di dalam kawasan pentadbiran Negeri Selangor akan menjalankan tindakan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian masing-masing.
  3. Adakah ia merupakan langkah awal Kerajaan PR untuk mengamalkan Hukum Hudud di Negeri Selangor ?

    Langkah awal Kerajaan PR untuk melaksanakan hukum hudud

    Pihak MPAJ melaksanakan tindakan selaras dengan peruntukan yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 atas kesalahan melanggar syarat kelulusan lesen perniagaan dan tiada kaitan dengan perlaksanaan hukum hudud

Lampiran

Tiada Lampiran.