Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

5) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Insiden intipan berkamera telah berlaku di pejabat YAB Dato' Menteri Besar dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan sejak sekian lama. Apakah perkembangan hasil siasatan terhadap isu tersebut?

    1. Siasatan masih lagi diteruskan.
  2. Bilakah hasil siasatan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?

    1. Hasil siasatan akan diberikan apabila selesai.
  3. Adakah Kerajaan negeri telus dalam menguruskan kes ini?

    1. Ya, Kerajaan Negeri telus dalam menjalankan siasatan. Kerajaan Negeri juga bertumpu kepada mengekang perkara yang sama dari berulang. Justeru telah melantik Tetuan Akhbar Associates beralamat di L-2-7, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas Satu, 50480 Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa tentang keadaan keselamatan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pemeriksaan secara komprehensif telah   dijalankan   selama   3   hari   bermula    27    hingga    29  Disember 2010 ke atas 10 bilik YAB. Dato’ Menteri Besar dan seluruh ahli majlis  Kerajaan Negeri. Siasatan dilakukan bagi mencari jika wujud sebarang tanda yang menunjukkan terdapat sebarang divice elektronik yang berupa recorder , video, kamera dan sebagainya. Siasatan akan diteruskan dari masa ke

     

Lampiran

Tiada Lampiran.