Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
109) RM 500 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dalam ucapan membahaskan Bajet 2012 di Parlimen, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 juta untuk pembinaan rumah mampu milik. Berapakah jumlah rumah yang telah dibina menerusi peruntukan ini?
-
Di manakah lokasi-lokasi rumah ini dan berapakah harganya?
-
Apakah kaedah pelaksanaannya dan senarai syarikat-syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.