Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
104) RUMAH BERTINGKAT YANG BELUM MENIKMATI AIR PERCUMA DAN JMB
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan Perumahan bertingkat di Dun Meru yang belum menikmati air percuma?
Pangsapuri di Dun Meru yang belum menikmati air percuma ialah Pangsapuri Meru Ehsan (Pangsapuri Kos Sederhana).
-
Apakah masalah yang dihadapi sehingga mereka gagal memohon meter individu seperti yang disyaratkan.
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Meru Ehsan (Joint Management BodyJMB) baru ditubuhkan pada 4 November 2012. Oleh demikian JMB dalam proses membuat permohonan migrasi meter air individu sebelum menikmati pemberian Rebet Air Percuma.
-
Senaraikan Perumahan bertingkat yang belum melantik JMB di taman mereka dan apakah masalah yang dihadapi sehingga mereka gagal menubuhkan JMB
Merujuk rekod Unit Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang setakat 31 Oktober 2012, pangsapuri yang belum menubuhkan JMB adalah seperti berikut:
BIL PANGSAPURI JENIS MASALAH KEGAGALAN PENUBUHAN JMB 1. Impian Meru Kos Sederhana -Mesyuarat Agung Tahunan Pertama (MATP) telah dijalankan tetapi tidak mematuhi prosuder di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]. 2. Meru Court -Penduduk masih belum bersedia untuk menubuhkan JMB kerana majoriti adalah penyewa.